Saturday, 10 September 2016

MCA: Umno hanya jaguh kampung...Huyoo, Gelek Power'

Ahad, 11 September 2016

Image result for Gambar kubur Umno
Gelek Power Di Mesyuarat Puteri Umno Kota Baru?

MCA: Umno hanya jaguh kampung, penting survival sendiri

Umno menjadi punca di sebalik kejatuhan BN kerana lebih mengutamakan survival sendiri dan menikmati sokongan pengundi luar bandar di kawasan majoriti Melayu dengan mengorbankan rakan-rakan gabungannya, kata MCA.
Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Ti Lian Ker berkata, kecenderungan Umno untuk menjadi jaguh kampung telah menyebabkan kekalahan BN di kawasan bandar.
Ujar beliau, tidak berguna jika BN terus menjadi wira kampung , bersorak di luar bandar tetapi terpaksa menggadai kerusi bandar sebagai balasan.
"Atas kesedaran inilah maka kita perlu berubah, mengembalikan BN ke tahap cemerlang yang dikecapi suatu masa yang lalu sebelum para pemimpin Umno mula berbalah sesama sendiri dan hanya mengutamakan survival Umno dan tidak kepada survival BN secara keseluruhannya," jelas Ti lagi.
"Jika BN sekadar menjadi jaguh kampung dan asyik kalah di kawasan bandar, ia cukup untuk menunjukkan bahawa BN telah gagal untuk bergerak selari atau selaraskan parti dengan perubahan sikap orang Melayu, Cina, India dan sebagainya di kawasan kosmopolitan.
"Kegagalan ini adalah kegagalan BN, bukan salah parti komponen yang dipilih untuk bertanding di bawah tiket BN," kata ketua biro keharmonian kaum dan agama MCA itu.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan 'pedas' Exco Pemuda Umno, Datuk Armand Azha Abu Hanifah yang dilaporkan oleh Astro Awan
Malaysiakini.

1 comments:

Ab Rahman Yaacob said...

Perkara telah selesai dengan permohonan maaf atas kesilapan yang berlaku... jadi mahu apa lagi ???

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena