Wednesday 10 April 2019

[Video TERKINI! Misteri Kehilangan Acap ORANG KAMPUNG MARAH & Mufti Wilayah dah datang ke Kg Pintu Padang Gopeng] Banyak nih kes Rosmah! Najib 'durjana', arah segerakan beli Eagle High - Azmin.

Rabu, 10 April 2019

ASHRAF HILANG  Jangan Lakukan Amalan Bertentangan Islam

Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang senyum, teks
Banyak nih kes Rosmah. Terlalu banyak..
Kami Viral

Najib 'durjana', arah segerakan beli Eagle High - Azmin

Pembentangan kertas putih "ke arah kelestarian" Felda mendedahkan kepincangan pengurusan pentadbiran lama termasuk pembabitkan bekas Perdana Menteri Najib Razak dalam urusan pelaburan yang merugikan entiti itu.
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali, berkata hasil audit forensik menunjukkan kerugian atau penjejasan nilai aset berjumlah RM2.2 bilion bagi lapan transaksi urus niaga yang disiasat, iaitu 50 peratus daripada nilai pelaburan asal.
Kedudukan kewangan Felda kata Azmin bertambah tenat akibat pembaziran berterusan dengan pembelian aset pada kadar yang lebih tinggi daripada harga pasaran.
"Sebagai contoh, pembelian Eagle High daripada PT Rajawali Capital International (yang dimiliki oleh Peter Sondakh) pada kadar 96 peratus lebih tinggi berbanding dengan harga pasaran ketika itu.
"Pada Mac 2019, pelaburan berjumlah RM2.3 bilion itu hanya mempunyai nilai pasaran RM500 juta.
“Najib Razak yang dikenali sebagai MO1 selepas ini, yang merupakan menteri kewangan pada ketika itu, terlibat dalam proses pelaburan ini dengan memberi arahan untuk menyegerakan transaksi tersebut dengan pembiayaan oleh Kementerian Kewangan.
"Tindakan ini bukan sahaja tidak bertanggungjawab bahkan bersifat jenayah. Kesan tindakan durjana ini menyebabkan Felda menanggung liabiliti yang tinggi," katanya ketika membentangkan kertas putih Felda di Parlimen, hari ini.
Azmin berkata, situasi Felda menjadi semakin serius dan parah akibat "kedurjanaan" urus tadbir korporat dengan jumlah hutang Felda telah meningkat dengan ketara sebanyak 1,100 peratus daripada RM1.2 bilion pada tahun 2007 kepada RM14.4 bilion pada tahun 2017 berbanding dengan kenaikan nilai aset yang mencatatkan hanya 107 peratus.
Katanya, audit forensik juga mendapati konflik kepentingan dalam pengurusan amat ketara apabila Mohd Isa Samad yang memegang jawatan Pengerusi dalam Felda, Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) dan FGV Holdings Berhad.
"Pada masa yang sama, FO1 (Mohd Isa) juga memegang jawatan Pengerusi untuk 39 anak syarikat di bawah Felda dan FGV. Konflik kepentingan bertambah buruk apabila FO1 juga mempunyai kuasa eksekutif sebagai Pengerusi Felda.
"Sebagai contoh, pembelian Park City Grand Plaza Kensington di London dibuat oleh FO1 tanpa kelulusan Lembaga Pengarah FELDA dengan harga yang melebihi kadar pasaran dan gagal mengikut dasar pelaburan yang ditetapkan.
“FO1 membeli aset ini pada harga RM331 juta sedangkan harga pasaran ketika itu hanyalah RM128 juta," katanya.
Sementara itu Azmin berkata, penyenaraian FGV telah menjana tunai sebanyak RM10.5 bilion, di mana Felda telah memperolehi tunai sebanyak RM6 bilion dan baki selebihnya menjadi milik FGV.
Malangnya, RM1.4 bilion daripada hasil tunai yang diperolehi oleh Felda melalui penyenaraian FGV telah dibelanjakan untuk membuat pelaburan yang sangat meragukan melibatkan transaksi gelap.
"Manakala, sejumlah RM2.7 bilion pula telah digunakan untuk meraih sokongan politik menjelang pilihan raya umum," katanya.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena