Thursday, 24 July 2014

Kenapa Boikot Coca Cola? Sedangkan Israel masih lagi rakan dagang kita...

Khamis, 24 Julai 2014

Gambar Boikot Coca Cola di Turki

Banner kempen boikot Coca-Cola di Turki.

Norsiah Harun's photo.

Norsiah Harun's photo.
Posted by indah.com




Kecik Domon :)

Cola-cola Penyebab gastrik dan Coca cola adalah bahaya ~

Aku kena sakit gastrik ni berpunca coca-cola ni lah sebab aku suka minum air yang menghilangkan haus..

aku kena sejak 17 tahun time tu aku Baru F5 dan waktu tu r badan aku susut,tak boleh nak makan dan paling penting aku kena guna alat penafasan ~ teruk ~

Sebab-sebab coca cola menjejaskan kesihatan ?

1: Cuba korang try cuci coca cola guna tandas sure bersih
2: Cuba korang cuci kat motor sure berkilat
3: Coca cola boleh mereputkan tulang dan boleh membantut kan ketinggian (fakta)
4: Boleh mengugurkan kandungan
5: Boleh menghakiskan perut sehingga berdarah dan nipis
6: Coca cola adalah jenis yang terdiri daripada bahan kitar semula..

Coca cola jugak tidak dijualkan di israel dan america tu kalau korang perasan pelakon luar sana jarang minum coca cola sebab tu lah strategik diorang tu yang penduduk-penduduk luar negara banyak yang boikot ~
dan coca cola pernah diberhentikan sewaktu 1907 sebab coca cola mengandungi bahan yang sama macam diatas..waktu tu kita pun tak kenal apa tu coca cola..

Maksud coca cola :)

Orang yang boikot coca cola :)


Coca cola jugak boleh membawa maut antara coca cola dengan arak,coca cola ni lagi bahaya lagi2 untuk wanita yang mengandung ~ :)

^_^ v jaga lah kesihatan dengan pemakanan dan peminuman sihat ~ :)
Karya by 

Kenapa Israel masih lagi rakan dagang kita?

Wakil perdagangan Amerika Syarikat, Michael Froman dijangka akan tiba di Malaysia tidak lama lagi.

Sebagai ahli Kaukus Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA), kami telah diminta untuk berbincang dengan Froman untuk membincangkan perjanjian tersebut dan perkara-perkara berkait.

Pada masa yang sama, kami berasa amat kecewa dengan keganasan yang berlaku kepada rakyat Palestin di Gaza oleh rejim Zionis Israel pada bulan Ramadan yang mulia ini.

Lebih mengejutkan, Presiden Obama (kanan) telah secara jelas menunjukkan sokongan kepada Israel dalam majlis iftar di White House pada 14 Julai yang lepas dengan memberikan Ron Dermer, Duta Israel ke Amerika Syarikat peluang untuk berucap dalam majlis tersebut.

Ini diteruskan lagi apabila Obama berucap mempertahankan “hak” Israel untuk “mempertahankan diri” walaupun pada ketika ini lebih daripada 70 peratus daripada kematian yang berlaku di Gaza adalah terdiri daripada wanita dan kanak-kanak, menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Ingatan Obama buat Netanyahu untuk bertahan dalam mempertahankan diri sedang Israel membedil Gaza jelas mempamerkan ketidakpedulian beliau dalam memastikan keamanan dan keselamatan semua di wilayah tersebut.

Sehingga kini, tentera Israel telah membunuh lebih daripada 400 nyawa dan mencederakan lebih 2800.

Subahat AS

Serangan Israel termasuk 2,602 serangan udara, dengan sejumlah 649 bangunan di bom.

Kira-kira 70 peratus dari Gaza terputus bekalan elektrik, mangsa-mangsa tidak mendapat bekalan air, makanan dan perlindungan yang mencukupi.

Dan sedang kita membicarakan isu ini, jumlah mangsa kian meningkat.

Adalah penting untuk kita ingat bahawa sebelum daripada serangan ini, 57 peratus daripada Gaza tidak mempunyai makanan yang mencukupi sementara 80 peratus daripada populasi Gaza bergantung kepada bantuan kewangan.

lebih daripada 90 peratus daripada air di wilayah tersebut tidak selamat untuk diminum. Rakyat Palestin telah lama menderita akibat pengasingan politik ini, sekarang sedang dibunuh tanpa sebarang kutukan daripada Amerika Syarikat.

Israel tidak mungkin mampu untuk melakukan keganasan ini dan keganasan-keganasan lepas di Gaza sekiranya Amerika Syarikat mengambil posisi yang tegas untuk memastikan keamanan dan keselamatan rakyat Palestin.

Amerika Syarikat bersubahat atas kesengsaraan rakyat Palestin dengan tidak mengambil tindakan dan juga sebagai pembekal utama senjata bagi Israel.

79 resolusi dicabul

Sehingga kini, Israel telah mencabul sebanyak 79 resolusi PBB yang diluluskan di antara 1948 dan 2009.

Walaupun Amerika Syarikat merupakan rakan dagang utama Israel, AS telah gagal untuk mengambil sebarang tindakan punitif ataupun menggantung perdagangan dengan rejim Zionis tersebut.

Dengan itu, kami, ahli Kokus TPPA daripada Pakatan Rakyat akan menggantung sebarang perbincangan dengan sebarang wakil daripada Amerika Syarikat sehingga diberitahu kelak.

Kami juga menyeru ahli Parlimen Malaysia yang lain untuk mendengar hati nurani mereka dan turut mengambil pendirian yang sama.

Kami menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia untuk menggantung sebarang perbincangan berkenaan TPPA dengan AS sehingga kerajaan AS mengambil tindakan untuk mengutuk dan menghentikan keganasan rejim Zionis ke atas Gaza.

Kami juga menggesa Najib untuk mencontohi Chile dengan memutuskan kesemua hubungan perdagangan dengan Israel.

Kami juga menuntut agar perdana menteri menjelaskan kenapa kerajaan BN masih lagi menjadi rakan dagang utama Israel, sebagai rakan dagang ke-15 terbesar pada tahun 2010.


Selain Nurul Izzah, artikel ini ditulis bersama empat lagi anggota parlimen, termasuk Datuk Takiyuddin Hassan (Kota Bharu), Dr Michael Jeyakumar Devaraj (Sungai Siput), Wong Chen (Kelana Jaya), Charles Santiago (Klang).
Malaysiakini.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena