Thursday 24 July 2014

Kerjasama ASTRO dengan Zionis Israel...ASTRO yang bersikap seperti maharaja di negara ini!

Khamis, 24 Julai 2014
ASTRO yang bersikap seperti maharaja di negara ini...
Amdocs
Behind the scenes at the company behind the scenes
Amdocs has become the undisputed global leader in billing systems, customer relations management and operations support systems. The notoriously media-shy company talks about the secrets of its phenomenal success.
Di sebalik tabir di syarikat itu di belakang tabir 
Amdocs telah menjadi pemimpin dunia yang tidak dipertikaikan dalam sistem bil, pengurusan perhubungan pelanggan dan sistem sokongan operasi. Rundingan syarikat terkenal media-segan untuk rahsia kejayaan luar biasa itu.

Ni yang kerajaan UMNO kena ambil perhatian serius.... jangan sekadar boikot dimulut tapi keluarkan larangan pada mana mana syarikat milik ushawan negara ini dari menjalin kerjasama dgn mana mana syarikat dari Israel... jika ASTRO enggan..mansuhkan monopoli yg dinikmati selama ni...cuma.. Najib kena bukak mulut sikit.....rujukan : ( http://www.haaretz.com/news/amdocs-bags-malaysian-paytv-contract-with-astro-1.129083 )


Sicelaka Yang Tak Kenang Dek Untung!


Pada ketika umat Islam seluruh dunia sedang sakit hati dengan Zionis Israel, sebuah kelompok manusia yang merampas dan melakukan kekejaman serta penindasan ke atas masyarakat yang serba-serbi kekurangan...

ASTRO yang dimiliki oleh Ananda Krishnan dan merupakan pemonopoli siaran televisyen kabel yang mengenakan bayaran sesuka hati, mengambil sikap MENENTANG KERAJAAN MALAYSIA, umat Islam di negara ini dan perjuangan rakyat Palestin.

ASTRO yang bersikap seperti maharaja di negara ini telah memutuskan untuk menyalurkan kewangan, bantuan serta dana kepada Zionis untuk terus membunuh rakyat Palestin menerusi perlantikan AMDOCS sebagai 'Subscriber Management System' syarikat media tersebut.

Selama ini, tiada sesiapa pun hatta Menteri Penerangan pun yang dapat menegur ASTRO.

ASTRO tidak pernah terikat atau patuh kepada sesiapa pun, termasuklah kepada SKMM yang semakin nyenyak tidur dan hidup bergelumang dengan timbunan wang yang merupakan UFTI syarikat-syarikat telekomunikasi kepada SKMM.

Selama ni, ASTRO telah menerima pelbagai bentuk kecaman terutama perkhidmatannya yang sangat uzur pada waktu hujan.

ASTRO kemudiannya menaikkan yuran dan pelanggan perlu membayar harga lebih kononnya sebagai penanggung kos perkhidmatan yang telah dipertingkatkan.

Bagaimanapun, perkhidmatan ASTRO tetap di takuk lama. Program-program yang disiarkan adalah program-program lapuk yang diulang-ulang siar berpuluh-puluh kali. Yang dipertingkatkan hanyalah bayaran bil oleh pelanggan.

Sekarang, pendedahan telah dibuat oleh Dr. Asyraf Wajdi Dusuki membabitkan kerjasama ASTRO dengan Zionis Israel.

Pengesahan Amdocs adalah Syarikat milik Israel sila lihat di SINI.

Sumber info dari SINI

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena