Wednesday 30 July 2014

Krisis Politik?: Pas kekal komited kepada PR - Anwar

Khamis, 31 Julai 2014

Segala-galanya telah pun terungkai. Demi menghormati KONSENSUS BERSAMA PAKATAN RAKYAT - Syabas dan Tahniah Pakatan Rakyat

Anwar: Tiada tanda Pas keluar PR

PERMATANG PAUH – Kepimpinan Pas tidak menunjukkan sebarang reaksi akan keluar dari PR ekoran krisis politik baru-baru ini. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, Pas kekal komited kepada PR malah pendirian Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor adalah pendirian peribadinya.
Beliau berkata, pendirian dan pendapat sesetengah pemimpin akar umbi Pas juga tidak menggambarkan pendirian rasmi parti itu sekaligus mengurangkan kebimbangan PR akan berpecah.
“Saya kenal sikap Abdul Hadi. Beliau seorang sangat komited kepada PR,” katanya kepada media sebelum menghadiri majlis tahlil dan sumbangan duit zakat kepada anak yatim di Masjid Permatang Nibong di sini, hari ini.
Turut hadir Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr Afif Bahardin yang juga Adun Seberang Jaya.
Ditanya sama ada pernah bertemu dengan Abdul Hadi selepas mengumumkan isterinya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, beliau ada menghubunginya pada malam Hari Raya Aidilfitri (Ahad) sebelum Abdul Hadi bertolak ke Terengganu.
“Saya bercakap dengannya melalui telefon pada malam raya. Bermakna komunikasi antara kami masih bagus.
“Walaupun ada sentimen pada dasarnya dan dakwaan yang perlu kami hadapi…namun saya memilih untuk tidak melayan mereka kerana mempunyai keyakinan penuh dalam sikap dan polisi pakatan ini diputuskan dalam kepimpinan tertinggi,” katanya.
Menurutnya, perbincangan awal  sudah diadakah walaupun tiada keputusan dimuktamadkan.
“Ketika nama Wan Azizah dikemukakan dalam mesyuarat PR, pemimpin Pas ada dan diwakili Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; AJK Pas Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli; Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali; Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa,” katanya lagi.
Diminta mengulas tindakan Abdul Khalid enggan berundur walaupun sudah sedia maklum mengenai keputusan majlis kepimpinan PR sejak awal lagi, Anwar berkata, Abdul Khalid mungkin tidak mahu melepaskan jawatan itu berikutan sokongan dari sesetengah pihak.
“Abdul Khalid sudah dimaklumkan mengenai hal ini sejak Mac lalu atau sebelum saya umumkan Langkah Kajang.
“Sebab itu, kita cuba elak dari kenyataan yang menghangatkan suasana walaupun ada tentangan yang dikeluarkan oleh satu dan dua pimpinan kecil Pas.
“Saya tidak menggangapnya sebagai suara pimpinan utama,” katanya.
Beliau berkata lagi, komen tidak sihat dan tidak sesuai dari akar umbi mengenai jawatan Menteri Besar Selangor akan menyebabkan salah faham dalam komponen parti.
“Pandangan tidak sihat memudarkan kepercayaan dalam parti. Contohnya, semalam Penasihat DAP, Lim Kit Siang bercakap dengan saya dan berasa aneh kerana soal kerusi PKR dan DAP di Gelang Patah dibangkitkan sesetengah pihak.
“Saya  yakin pakatan masih kukuh dengan kepimpinan PKR, DAP dan Pas. Kami sudahpun melalui susah senang bersama dengan prinsip seperti toleransi.
“Oleh itu, saya tidak melihatnya sebagai satu perpecahan,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena