Friday, 25 July 2014

Hentikan Polemik MB Selangor: Akur sikap Presiden PAS

Sabtu, 26 Julai 2014


Hentikan Polemik MB Selangor : Akur sikap Presiden PAS

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi selaku Presiden PAS pasti mempunyai asas yang kukuh memandangkan reputasi beliau sebelum ini yang sangat teliti dan tegas dalam membuat keputusan.

Kami Geng Ustaz juga yakin bahawa Tuan Guru Presiden PAS telah membaca dengan baris dan nahu tatabahasa politik yang tepat dan bijak dalam menentu sikap beliau terhadap kemelut politik di Selangor.

Apa yang paling penting ialah penegasan Tuan Guru Hj Abdul Hadi bahawa tiada sebarang pengkhianatan atau kesalahan serius yang dilakukan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim sehingga memungkinkan beliau dipecat atau dijatuhkan.

Demikian juga penegasan bahawa perjuangan Pakatan Rakyat adalah untuk kemaslahaan rakyat bukan untuk melunas agenda peribadi.

Justeru itu kami Geng Ustaz yang sekian lama memberi sokongan padu kepada PAS dan kepimpinan Yb Datuk Seri Tuan Guru Presiden melihat bahawa kenyataan beliau adalah suatu kenyataan yang menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dari jatuh merudum dalam pilihanraya akan datang ekoran konflik yang berlanjutan ini.

Kami juga melihat bahawa semua parti dalam Pakatan Rakyat wajar bersabar dan bertahan hingga tamat penggal perkhidmatan Tan Sri Khalid sebagai MB. Jika benar ada kelemahan, maka segala kelemahan itu perlu dibaiki dan dibantu untuk memperkukuhkan kerajaan serta memulihkan keyakinan rakyat kepada kredebiliti pemerintahan Pakatan Rakyat.

Mencetus polemik dan merentap turun seorang ketua kerajaan negeri tanpa kesalahan serius dan syari'e dipertengahan jalan sedang khidmatnya sebagai ketua kerajaan negeri adalah baik dan perform adalah satu pendekatan yang menjerat atau menembak kaki sendiri.

Akhirnya saya mendoakan agar kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terus mantap. Kemelut ini dapat diselesaikan dengan baik. Pandangan atau sikap Tuan Guru Presiden PAS sewajarnya diberi perhatian dan disambut baik oleh semua pihak khasnya pimpinan PAS sendiri bagi memperlihatkan keteguhan PAS sebagai sebuah jamaah yang mantap dan berwibawa.

Norazli Musa



0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena