Sunday 23 July 2017

[Video Jika Pakatan Menang, Jabatan AIR SABAH Akan Penuh Dengan Air Bukan Duit Rasuah] Skandal 1MDB belum reda, hantu Scorpene dan Altantuya muncul pula.

Isnin, 24 Julai 2017

Image result for Hantu altantuya

Skandal 1MDB belum reda, hantu Scorpene dan Altantuya muncul pula

Kapal selam Scorpene dibeli lima belas tahun lalu, pada tahun 2002 daripada sekumpulan peniaga Perancis.
Dua eksekutif Perancis baru beberapa hari lalu telah didakwa di mahkamah kota Paris, berkait korupsi dalam penjualan kapal selam kepada negara. Mereka adalah Pihllippe Japiot, bekas pengerusi DCNI dan Jean-Paul Perrier, bekas ketua eksekutif syarikat gergasi elektronik dan pertahanan Perancis, Thales.
Japiot dilaporkan telah didakwa ekoran ‘salahguna aset sosial’ manakala yang lagi satu didakwa bersubahat.
Ada dua lagi sedang disiasat di Perancis berkait kes yang sama. Dominique Castellan, bekas presiden DCNI dan Bernard Baiocco, bekas presiden Thales International Asia.
Kesemuanya terlibat dalam skandal penjualan dua buah kapal selam Scorpene bernilai US$1.1 bilion kepada negara, sewaktu Najib Razak menjadi Menteri Pertahanan.
Ketika khabar mengenai kes kapal selam ini timbul semula, rata-rata media sosial hanya menyebut satu nama; Altantuya Shaariibuu.
Altantuya berfungsi sebagai jurubahasa dalam urusniaga kapal selam antara kerajaan dan peniaga-peniaga Perancis ini. Altantuya mati dibunuh dan jasadnya diletupkan dengan peledak C-4 oleh dua anggota Unit Tindakan Khas, Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri. Motif pembunuhan tidak diberitahu kepada mahkamah.
Khabar angin yang masih belum reda, mengaitkan Altantuyaa dengan Putrajaya. Rohnya tenggelam timbul bersama kapal selam penuh skandal. Seolah-olah skandal mega kleptokrasi global kecurian dana 1MDB tidak cukup untuk membuat Perdana Menteri tidak lena tidur, kes ini pula muncul kembali.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam reaksinya terhadap perkembangan terbaru dari Paris ini menyenaraikan beberapa soalan yang mesti dijawab oleh Datuk Seri Najib Razak, sebagai mantan Menteri Pertahanan yang terlibat dalam jual beli kapal selam tersebut 15 tahun lalu.
Paling menarik dalam senarai soalannya ialah tentang kesediaan Perdana Menteri itu untuk disiasat berikutan skandal tersebut.
“Adakah Najib bersedia untuk membentangkan kepada Parlimen Isnin hadapan ketika Dewan Rakyat kembali bersidang tentang dakwaan rasuah antarabangsa berkait skandal penjualan kapal selam kepada negara?” soal Kit Siang dalam kenyataan medianya.
Jika kerajaan mampu menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat kerugian Bank Negara dalam skandal matawang asing 25 tahun lalu, kenapa tidak kerajaan bertindak serupa terhadap skandal Scorpene 15 tahun lalu? Begitulah soal Kit Siang.
Kita pastinya tidak berharap agensi-agensi kerajaan termasuk Jabatan Peguam Negara, Polis Di-Raja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan membuka semula siasatan terhadap dakwaan rasuah berkait pembelian kapal selam ini.
Lagikan dalam hal skandal 1MDB pun Kit Siang hatta memberikan dalil Al-Quran kepada Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali, sehinggakan Tun Dr Mahathir pun terkejut.
“Saya terkejut, buat kali pertama Lim Kit Siang mengeluarkan ayat-ayat al-Quran untuk tunjuk kepada Apandi yang mungkin dia tak pernah baca,” katanya di majlis rumah terbuka hari raya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Pulau Pinang, semalam.
Ayat Quran apa pula yang perlu dibacakan oleh Kit Siang kepada Najib Razak agar beliau tidak diganggu bayang-bayang kapal selam dan Altantuya. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena