Thursday 13 July 2017

[Video Ketua Armada Bersatu 'Ditumbuk, dipaksa makan cili padi' Politik Sanseng?] Ketua Armada Melaka dipukul, diugut, dibuli samseng Umno, tindakan perundangan diambil.

Khamis, 13 Julai 2017

Ketua Armada Melaka dipukul, diugut, dibuli samseng Umno, tindakan perundangan diambil


Ramlan Meon
Parti Pribumi Bersatu (Bersatu)Negeri Melaka hari ini akan mengambil tindakan undang-undang terhadap sekumpulan lebih 10 lelaki yang didakwa ahli Umno kerana bertindak memukul, mengugut dan membuli Ketua Armada Melaka Ramlan Meon dalam satu kejadian di sebuah restoran di Paya Rumput pada 10 Julai lalu.
Pengerusi Bersatu Negeri Melaka Mohd Radzuan Yusof berkata, perselisihan faham antara ahli armada yang diketuai Ramlan dengan pegawai penguatkuasa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dalam kejadian pada 9 Julai menjadi viral di media sosial.
Insiden itu  telah menimbulkan rasa tidak puashati membabitkan beberapa pihak yang dakwanya, adalah dikalangan ahli Umno  dakwanya, yang bertindak dengan niat menyerang balas terhadap tindakan armada mencabut bendera BN dan memaki hamun pegawai penguatkuasa yang menjalankan tugas mereka.
Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Bukit Baru pada 11 Julai dan Bersatu mendesak insiden berlaku ini disiasat secara adil oleh pihak polis tanpa membabitkan mana-mana kepentingan pemimpin politik negeri.
"PPBM telah bersetuju untuk melantik peguam bagi menuntut keadilan untuk Ketua Armada Melaka.
"PPBM tidak mau sebarang campurtangan politik dalam kes ini. Pihak polis dan pihak berkuasa perlu menjalankan tugas secara profesional dan telus tanpa tekanan mana-mana pihak," ujarnya dalam sidang media diadakan petang ini.
Mohd Radzuan turut mengembalikan insiden yang pernah berlaku tahun lalu, membabitkan kes membakar kereta yang melibatkan Ketua Pemuda Umno Cawangan Krubong Tengah yang berlaku ketika aktiviti mempromosi program Bersatu sehingga kini tiada tindakan di pihak polis dakwanya.
Dalam kejadian pada Ahad lalu,  dipercayai beberapa pegawai penguatkuasa MBMB telah mencabut bendera, sepanduk dan kain rentang PPBM yang telah dipasang armada.
"Sedangkan sebelum ini kain rentang, sepanduk BN bebas dipasang secara berleluasa di bangunan, tanah dan aset kerajaan.
" Sama ada kami yang pasang atau pihak di sebelah sana (BN) ia tetap bertentangan dengan undang-undang sedia ada.
"Namun walaupun jelas menyalaha undang-undang tetapi pegawai penguatkuasa MBMB hanya tutup sebelah mata dan mendiam diri. Ini membuktikan bahawa mereka yang menguatkuasakan undang-undang MBMB hanya melaksanakan secara terpilih dan
tidak adil," ujarnya.
Justeru jelas Mohd Radzuan lagi, atas ketidakadilan yang dirasakan, maka Ramlan bertindak agrsif deengan mengeluarkan kata-kata kesat kepada pegawai penguatkuasa dan insiden itu menjadi viral di media sosial.
Bagaimanapun keadaan kembali terkawal dan kedua belah pihak telah mengakui kesilapan masing-masing dan saling bermaafan, bagaimanapun ujar Mohd Radzuan lagi, pertikaian itu berlarutan apabila Ramlan menerima panggilan telefon daripada seorang kenalannya yang merupakan bekas ahli parti itu yang kembali menyertai Umno untuk berjumpanya untuk menyelesaikan insiden yang berlaku.
"Ramlan hanya bersangka baik dengan pelawaannya dengan hadir ke sebuah restoran.
"Setibanya beliau di restoran itu tiba-tiba sekumpulan lelkai yang ramai berjumlah belasan orang yang sebahagiannya dipercayai memegang jawatan penting dalam Umno bersama beberapa pegawai penguatkuasa MBMB sudah menunggu mereka.
"Ketika inilah beberapa kali Ramlan ditumbuk di muka, dipaksa menelan segenggam cili padi dan diugut untuk ditikam dengna pisau yang dimaklumkan berada di dalam beg oleh salah seorang daripada mereka pula telah menghantukkan kepalanya ke muka Ramlan,' ujarnya.
Dalam sidang media sama Ketua Penerangan Armada Ulya Husamuddin turut berkata, Ramlan menghadapi masalah yang serius di bahagian mata dan kepala.
"Dia mengalami retak tulang pipi dan kecederaan di mata kiri." ujarnya yang beranggap ia dilakukan dikalangan samseng Umno terhadap ahli parti itu.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena