Friday 14 July 2017

[Video 100 hari pertama ambil alih Putrajaya, ini ikrar HARAPAN] Rumah Terbuka Aidilfitri PH Perak di Bandar Meru Raya pagi ini, seluruh rakyat dijemput hadir! Hadkan penggal jawatan PM tanda iltizam politik Harapan

Sabtu, 15 Julai 2017

Foto Amanah Tambun.
Seluruh Rakyat dijemput hadir....
pakatan-harapan-logo2
Hadkan penggal jawatan PM tanda iltizam politik Harapan
Pakatan Harapan mencapai keputusan bersejarah untuk mengukuhkan pakatan politik itu malam tadi.
Mengehadkan tempoh memegang jawatan perdana menteri kepada dua penggal membuktikan keazaman Pakatan Harapan (Harapan) untuk melakukan perubahan dalam politik negara, kata ahli jawatankuasa DAP Selangor merangkap ketua Dapsy Subang Edry Faizal.
Malah pemimpin muda Melayu DAP itu juga menyambut baik tiga keputusan penting Majlis Presiden Pakatan Harapan semalam membabitkan struktur kepimpinan, matlamat utama dan logo Pakatan Harapan.
"Selain dari rekabentuk logo Harapan yang segar, saya melihat ada satu perkara yang benar-benar menonjol dan menarik perhatian. Iaitu antara matlamat Harapan untuk mengehadkan penggal perkhidmatan Perdana Menteri kepada dua penggal sahaja," katanya.
Menurut Edry, walaupun seorang perdana menteri itu bagus dan rakyat mengharapkan kepimpinan yang sama untuk tempoh masa yang panjang, namun pengalaman yang dialami negara menunjukkan sebaliknya.
Beliau memberi contoh pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang kini dibelenggu skandal 'berskala dunia' seperti 1MDB sehinggalah dasar-dasar yang membebankan rakyat.
"Bayangkan sekiranya perdana menteri seperti beliau dibiarkan memerintah selama berpuluh tahun seperti yang dimahukan BN, buruk padahnya terhadap warga Malaysia," ujarnya.
Tempoh jawatan perdana menteri yang singkat juga, jelas beliau bakal membuka peluang kepada lebih ramai kepimpinan baru yang lebih segar dan membuka jalan kepada orang muda untuk menerajui negara.
"Berbanding BN yang hanya mahu Najib Razak untuk mereka tabalkan sebagai perdana menteri, Harapan mempunyai ramai calon yang jauh lebih baik, berpengalaman dan bersiap sedia memimpin Malaysia menuju masa depan yang lebih baik," katanya.
Edry juga menambah, teraju negara yang hanya dipegang oleh parti yang sama untuk tempoh berpuluh tahun juga membuka terlalu banyak ruang rasuah, penyalahgunaan kuasa, kronisme melampau dan pelbagai kebobrokan lain.
 MALAYSIA DATELINE

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena