Saturday 15 July 2017

[Video Detik Bersejarah! HARAPAN adalah 'Satu Sejarah Yang Besar' dalam Negara] HARAPAN, MBMB berbalah kerana rumah terbuka di Melaka.

Sabtu, 15 Julai 2017

HARAPAN, MBMB berbalah kerana rumah terbuka di Melaka

Ketegangan berlaku antara 100 penyokong Pakatan Harapan (HARAPAN) dan kira-kira 50 pegawai polis dan kakitangan Majlis Bandaraya Melaka (MBMB) petang ini, kata anggota Parlimen Bukit Katil Shamsul Iskandar Md Akin.
Naib Presiden PKR itu berkata, insiden itu berlaku apabila anggota parti dan penyokong HARAPAN sedang sibuk dengan persiapan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri yang akan diadakan di Dataran Bukit Baru di bandar Melaka malam ini.
"Pegawai datang dan beritahu kami untuk turunkan bendera (parti).
"Mereka juga mengatakan kami sepatutnya memohon kelulusan majlis bandaraya untuk menggunakan kawasan itu," katanya ketika dihubungi.
Pada kira-kira pukul 5 petang, Shamsul Iskandar di Twitter memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku kerana penganjur masih tidak dapat mendirikan khemah.
"Saya dan rakan-rakan @KEADILAN punyai tahap kesabaran. Jangan sampai saya AMUK Majlis Bandaraya Melaka petang ini. Ayuh @AMKMalaysia kita turun," katanya.
Shamsul Iskandar kemudian memberitahu Malaysiakini beliau akhirnya menyelesaikan insiden itu selepas berunding dengan wakil dari pejabat Datuk Bandar.
"Kami telah mendirikan enam khemah tetapi mereka kata kami hanya boleh dirikan tiga. Alasan yang diberikan adalah kami harus memohon izin untuk menggunakan kawasan itu," katanya.
Shamsul Iskandar berkata pihak penganjur tidak memohon kebenaran memandangkan mereka dimaklumkan bahawa kawasan itu belum lagi diwartakan sebagai tempat letak kereta yang diuruskan oleh MBMB.
Beliau juga berkata MBMB menolak permohonan penganjur untuk menggunakan kawasan bersebelahan, dengan mendakwa ia akan menghalang jalan masuk utama.
"Tetapi kawasan ini sering digunakan sebagai tapak pasar malam tanpa masalah," katanya.
Malaysiakini difahamkan bahawa pegawai-pegawai MBMB masih berada di kawasasan berkenaan pada sekitar pukul 6 petang.
Bagaimanapun, Shamsul menegaskan bahawa majlis itu akan berjalan seperti dirancang.
Khamis lalu, ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Melaka, Ramlan Meon mendakwa sekumpulan pegawai MBMB adalah antara mereka yang terbabit dalam serangan terhadapnya.
Satu video juga dimuat naik di YouTube menunjukkan sekumpulan lelaki memakai kemeja-T BERSATU bertekak dengan pegawai penguatkuasa MBMB, dipercayai tidak berpuas hati dengan arahan menurunkan bendera parti mereka.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena