Showing posts with label HARAPAN. Show all posts
Showing posts with label HARAPAN. Show all posts

Saturday, 15 July 2017

[Video Detik Bersejarah! HARAPAN adalah 'Satu Sejarah Yang Besar' dalam Negara] HARAPAN, MBMB berbalah kerana rumah terbuka di Melaka.

Sabtu, 15 Julai 2017

HARAPAN, MBMB berbalah kerana rumah terbuka di Melaka

Ketegangan berlaku antara 100 penyokong Pakatan Harapan (HARAPAN) dan kira-kira 50 pegawai polis dan kakitangan Majlis Bandaraya Melaka (MBMB) petang ini, kata anggota Parlimen Bukit Katil Shamsul Iskandar Md Akin.
Naib Presiden PKR itu berkata, insiden itu berlaku apabila anggota parti dan penyokong HARAPAN sedang sibuk dengan persiapan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri yang akan diadakan di Dataran Bukit Baru di bandar Melaka malam ini.
"Pegawai datang dan beritahu kami untuk turunkan bendera (parti).
"Mereka juga mengatakan kami sepatutnya memohon kelulusan majlis bandaraya untuk menggunakan kawasan itu," katanya ketika dihubungi.
Pada kira-kira pukul 5 petang, Shamsul Iskandar di Twitter memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku kerana penganjur masih tidak dapat mendirikan khemah.
"Saya dan rakan-rakan @KEADILAN punyai tahap kesabaran. Jangan sampai saya AMUK Majlis Bandaraya Melaka petang ini. Ayuh @AMKMalaysia kita turun," katanya.
Shamsul Iskandar kemudian memberitahu Malaysiakini beliau akhirnya menyelesaikan insiden itu selepas berunding dengan wakil dari pejabat Datuk Bandar.
"Kami telah mendirikan enam khemah tetapi mereka kata kami hanya boleh dirikan tiga. Alasan yang diberikan adalah kami harus memohon izin untuk menggunakan kawasan itu," katanya.
Shamsul Iskandar berkata pihak penganjur tidak memohon kebenaran memandangkan mereka dimaklumkan bahawa kawasan itu belum lagi diwartakan sebagai tempat letak kereta yang diuruskan oleh MBMB.
Beliau juga berkata MBMB menolak permohonan penganjur untuk menggunakan kawasan bersebelahan, dengan mendakwa ia akan menghalang jalan masuk utama.
"Tetapi kawasan ini sering digunakan sebagai tapak pasar malam tanpa masalah," katanya.
Malaysiakini difahamkan bahawa pegawai-pegawai MBMB masih berada di kawasasan berkenaan pada sekitar pukul 6 petang.
Bagaimanapun, Shamsul menegaskan bahawa majlis itu akan berjalan seperti dirancang.
Khamis lalu, ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Melaka, Ramlan Meon mendakwa sekumpulan pegawai MBMB adalah antara mereka yang terbabit dalam serangan terhadapnya.
Satu video juga dimuat naik di YouTube menunjukkan sekumpulan lelaki memakai kemeja-T BERSATU bertekak dengan pegawai penguatkuasa MBMB, dipercayai tidak berpuas hati dengan arahan menurunkan bendera parti mereka.
Malaysiakini.
Read More

Friday, 14 July 2017

[Video 'Mana DAP?' Syed Saddiq jawab Salleh] Apa kata 'blok ke tiga' pula? Pemimpin PAS kaitkan huruf A logo HARAPAN dengan roket DAP...Umno & Pas "Depa semakin KALUT?"

Jumaat, 14 Julai 2017



Pemimpin PAS kaitkan huruf A logo HARAPAN dengan roket DAP
NAIB Presiden Pas, Iskandar Samad dalam salah satu kiriman di halaman Facebook miliknya cuba mengaitkan imej segitiga dalam logo Pakatan Harapan (HARAPAN) dengan imej roket dalam logo DAP.
Dalam kiriman itu, Iskandar mendakwa Logo itu berbentuk tulisan "HARAPAN" tetapi dengan salah satu huruf A mirip bentuk roket. 


Dakwanya, umum mengetahui logo DAP adalah roket, maka dengan memasukkan roket dalam logo gabungan itu seolah-olah satu isyarat bahawa DAP akan menjadi parti dominan.

Beliau turut mengirimkan satu pautan artikel bertajuk "Logo Pakatan Harapan sahkan siapa parti dominan,".

Tidak dapat dipastikan logik apakah yang menjadi rujukan pemimpin PAS ini sampaikan imej segitiga seakan huruf A dalam logo Pakatan Harapan pun boleh disamakan dengan logo roket DAP.

Rasanya lebih masuk akal jika logo HARAPAN dikaitkan dengan AMANAH kerana terdapat perkataan PAN selepas imej seakan segitiga itu.

Sebelum ini cybertrooper Umno mengaitkan imej segitiga dalam logo Pakatan Harapan dengan "hidung" Tun Mahathir yang dilantik menjadi pengerusi gabungan itu.



Dakwa mereka itu bukti bahawa Tun Mahathir dan parti Bersatu akan mendominasi Pakatan Harapan.

www.milosuam.net
Read More

[Video "Benda macam tu Salleh saja yang dok ukur," sindir Tun M] Akhirnya kesatuan PH hadir dengan logo & nama HARAPAN.

Jumaat, 14 Julai 2017

Akhirnya kesatuan PH hadir dengan logo & nama HARAPAN

HARAPAN lantik Azizah sebagai Presiden. Mahathir sebagai Pengerusi dan ANWAR sebagai Ketua Umum

Struktur dan logo Pakatan Harapan akhirnya berjaya dimuktamadkan selepas mesyuarat majlis presiden bersidang lebih empat jam hari ini.

Tun Dr Mahathir Mohamad secara rasmi dilantik sebagai pengerusi gabungan pembangkang itu. Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini meringkuk di penjara Sungai Buluh pula dinamakan sebagai Ketua Umum Pakatan Harapan, manakala isterinya, Datuk  Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dinamakan sebagai presiden.

Dr Mahathir yang membaca senarai jawatankuasa itu turut megumumkan tiga nama timbalan presiden.

“Mereka adalah Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden AMANAH Mohamad Sabu.

“Jawatan naib presiden disandang oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Chong Chien Jen dan Salahuddin Ayub,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, sebentar tadi.

Beliau diapit oleh pemimpin parti PKR, DAP, BERSATU dan AMANAH yang masing-masing memegang logo baru Pakatan Harapan.

Senarai yang diumumkan adalah seperti berikut:

Ketua Umum:
Datuk Seri Anwar Ibrahim

Pengerusi:
Tun Dr Mahathir Mohamad

Presiden:
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Timbalan-Timbalan Presiden:
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Lim Guan Eng
Mohamad Sabu

Naib- Naib Presiden:
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
Datuk Seri Mukhriz Mahathir
YB Chong Chieng Jen
Salahuddin Ayub

Ketua Setiausaha:
Datuk Saifuddin Abdullah

Bendahari:
M Kula Segaran

Mahathir yang membaca kenyataan media Pakatan Harapan berkata, sejurus mendapat mandat rakyat pada PRU-14, dalam tempoh 100 hari pertama setelah membentuk kerajaan, Pakatan Harapan komited untuk melaksanakan perkara-perkara berikut:
#Menghapuskan GST;
#Menstabilkan harga petrol;
#Memberi fokus kepada usaha meringankan beban rakyat;
#Memulakan proses reformasi institusi secara menyeluruh;
#Memerangi rasuah hingga ke akar umbi;
#Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan di-Raja skandal 1MDB; dan
#Memulihkan Felda.

Pakatan Harapan juga berikrar memberi komitmen bahawa proses memohon pengampunan dan pembebasan Anwar akan dimulakan dalam tempoh seminggu selepas Pakatan Harapan membentuk kerajaan.

“Permohonan yang dikemukakan mengikut proses undang-undang ini, dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, akan membolehkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim kembali mengambil bahagian semula dalam politik negara sepenuhnya,” katanya.

KedahLanie.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena