Saturday 22 July 2017

[Video Kawan: Apa Kelulusan Akademik Najib Sebenarnya & Rahman Dahlan mengesahkan Najib pencuri?] Tun M 'acah' akan lawan Najib di Pekan & DAP tak boleh guna logo BERSATU.

Ahad, 23 Julai 2017


Tun M 'acah' akan lawan Najib di Pekan

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, sebelum ini menolak untuk menjadi calon pada pilihan raya umum (PRU) akan datang namun tetap 'mengacah' dengan kemungkinan berdepan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Parlimen Pekan.
Mahathir berkata, beliau akan ambil bahagian sekiranya jika tiada calon lain yang sesuai untuk bertanding di kerusi itu.
"Kalau tiada calon yang sesuai, maka saya akan bertanding di Pekan.
"Tapi saya mesti menang, saya bertanding untuk menang," katanya yang juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) seperti dilaporkan Sin Chew Daily.
Bagaimanapun, tidak jelas sejauh mana keseriusan Mahathir untuk bertanding di kawasan di mana Najib menang besar pada PRU lepas.
Pada 2013, Najib menguasai kerusi itu dengan 51,278 undi berbanding calon daripada PKR, Fariz Musa yang meraih 15,665 undi.
Malaysiakini.

DAP tak boleh guna logo BERSATU, kata Tun M


Pengurusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan parti itu tidak boleh membenarkan logo mereka digunapakai DAP supaya BERSATU kekal sebagai parti Melayu.
Mengulas kemungkinan pendaftaran parti DAP terbatal, bekas perdana menteri itu berkata, masih ada dua parti lain dalam Pakatan Harapan (HARAPAN) dapat memberi tempat kepada DAP.
"Terdapat dua parti lain (dalam HARAPAN), yang berbilang kaum. Mereka (DAP) boleh bertanding di bawah kedua-dua parti itu.
"Saya yakin, PKR dan Parti Amanah Negara akan memberi tempat kepada mereka, tapi kita tak boleh, kerana kita adalah parti Melayu," katanya seperti dilaporkan Free Malaysia Today, hari ini.
Dr Mahathir menjelaskan, partinya perlu kekal sebagai parti Melayu untuk raih sokongan pengundi Melayu dan HARAPAN akan tempang pada pilihan raya umum akan datang tanpa sokongan pengundi Melayu.
Menurutnya, keadaan itu juga telah menyebabkan Pakatan Rakyat gagal menang pilihan raya umum 2013 lalu.
"Suka atau tidak, orang Melayu masih sangat komunal, sebab itu mereka sokong Umno.
"Mereka tidak akan sokong parti berbilang kaum. Mereka (Pakatan Rakyat) raih banyak sokongan orang Cina, tapi tidak banyak sokongan orang Melayu dan tanpa mereka kamu tidak boleh menang," katanya dipetik sebagai berkata.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena