Thursday 13 July 2017

[Video Rafizi bebas tuduhan hina ahli Umno] Mahkamah putuskan 'CelakaUMNO' tidak ada kena mengena dgn menghina orang Melayu! Kuda tunggangan DAP - Mujahid saman pensyarah UUM RM5 juta.

Khamis, 13 Julai 2017
Foto Suara Rakyat.

TERKINI dari Mahkamah Tinggi Shah Alam .. 13/7/2017
"Rafizi bebas tuduhan hina ahli Umno. Tidak ada bukti kenyataan pemimpin PKR itu mengganggu ketenteraman awam."

TERDAHULU..
Mahkamah memutuskan #CelakaUMNO tidak ada kena mengena dgn menghina Orang Melayu....

Bila masa UMNO ni Melayu..?

Yang kami tahu UMNO Menipu & Menindas Melayu...



Mujahid saman pensyarah RM5 juta

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 27 Julai ini sebagai tarikh baru pengurusan kes saman Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa terhadap Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Kamarul Zaman Yusoff.
Dalam sebutan pertama kes itu di hadapan Timbalan Pendaftar Rumaizah Baharom hari ini, Mujahid - yang diwakili peguam Mohd Fitri Asmuni - berkata saman berkenaan difailkan ekoran status Facebook dimuat naik Kamarul Zaman pada 25 Mei lalu.
Tulisan itu bertajuk: Dr Mujahid antara kuda tunggangan terbaik DAP.
“(Anak guam saya) menuntut ganti rugi sebanyak RM5 juta termasuk ganti rugi keterlaluan dan ganti rugi teladan untuk libel (fitnah bertulis).
“Ia juga injunksi untuk menghalang defendan sama ada menerusi defendan sendiri, ejen atau sesiapapun daripada menerbitkan kenyataan berunsur fitnah atau memberi sebarang kesan kepada plaintif baik di media sosial, cetak, mahupun elektronik,” katanya kepada pemberita di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.
Selain itu, katanya, plaintif turut menuntut defendan supaya menerbitkan permohonan maaf secara terbuka.
Tak buat semakan
Sebelum ini Kamarul Zaman mendakwa buku tulisan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Hannah Yeoh bertajuk Hannah - A Personal Journey cuba memujuk, mempengaruhi atau menghasut orang ramai supaya menganut atau cenderung kepada Kristian.
Kenyataan Kamarul Zaman itu mengundang banyak kritikan, termasuk daripada Mujahid. Kamarul Zaman kemudian membuat laporan polis terhadap Yeoh.
Namun pada 24 Mei lalu Mujahid berkata beliau telah membaca buku tulisan Yeoh namun mendapati kandungannya mempunyai persamaan dengan naskhah yang ditulisnya pada 2010, Aren't We All Malaysian.
Katanya, beliau memilih subjek lain untuk menyatakan pandangannya manakala Yeoh memilih tema ketuhanan.
Pada masa sama Mujahid berkata beliau tidak menemui sebarang unsur yang boleh membawa seseorang Muslim murtad seperti didakwa Kamarul Zaman.
"Sebaliknya selepas membaca buku itu saya menjadi Muslim yang lebih baik," kata Mujahid.
Susulan dari kenyataan Mujahid itu, Kamarul memuat naik status yang menuduhnya sebagai kuda tunggangan DAP.
Sementara itu, Mohd Fitri menegaskan kenyataan Kamarul Zaman itu berunsur fitnah dan diterbitkan dengan niat jahat, hingga merosakkan reputasi dan nama baik Mujahid.
"Kenyataan berunsur fitnah menjejaskan imej, reputasi, kedudukan dan kerjaya plaintif sebagai muslim, ahli parlimen, pemimpin parti dan masyarakat.
"Kenyataan itu sendirinya membuktikan satu fitnah berat dan serius yang membabitkan soal agama, perkauman, kepercayaan, dan ketaatan plaintif terhadap Islam dan negara.
"Defendan menerbitkan kenyataan berunsur fitnah tersebut tanpa terlebih dahulu membuat semakan atau pengesahan dengan plaintif," katanya.
Malaysiakini.

1 comments:

Blogger said...

Are you looking for free Twitter Re-tweets?
Did you know that you can get these AUTOMATICALLY AND TOTALLY FOR FREE by registering on Like 4 Like?

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena