Wednesday 12 July 2017

[Video Terkini Pendedahan Husam: Kredit Karbon & Sidang DUN Kelantan] Projek Karbon Kredit akan masuk ke Mahkamah Rakyat?

Rabu, 12 Julai 2017

Projek Karbon Kredit akan masuk ke Mahkamah Rakyat?

ULAS SIDANG DUN KELANTAN

Husam dan Zulkifli sedang berperang mulut.
Sesiapa pun yang waras dan sayangkan negeri sendiri akan tetap menyokong apa-apa sahaja projek pembangunan dilaksanakan kerajaan. Hanya mereka yang anti Kelantan sahaja yang tidak suka kalau usaha-usaha murni dilakukan kerajaan untuk membangun negeri itu.

Mereka anti tentu dengki dan cemburu dengan kemajuan bakal dikecapi rakyat Kelantan. Begitu juga dengan projek kelestarian alam sekitar, penebalan ozon perniagaan karbon yang kini sedang dirintis oleh kerajaan Kelantan disokong sepenuhnya. 

Apa lagi projek berkenan yang membabitkan keluasn 1 juta hutan simpan kekal (HSK) tidak melibatkan penebangan balak, pengondolan bukit bukau dan juga pelombongan yang boleh menjejaskan ekos sistem alam. Projek itu kalau ia berjaya bakal meletakkan kerajaan Kelantan sebagai kerajaan contoh di dunia, sebagai kerajaan mesra alam.
Siapa tidak mahu pembangunan yang mengaut keuntungan dan dalam masa memberi manfaat penjagaan kelestarian alam sekitar. Rakyat Kelantan masih banyak kekurangan berbanding dengan rakyat negeri lain seperti Selangor dan Pulau Pinang. 27 tahun dibawah pentadbiran Pas Kelantan seakan belum mencapai tahap pembangunan fizikal membanggakan jika dibandingkan dengan aset asli yang dimiliki Kelantan. Hanya mereka yang "deder", gila dan ngor sahaja menolak apa-apa projek yang boleh menjanakan kewangan untuk Kelantan.

Seperti mana umum ketahui kerajaan Kelantan dalam usaha menambah pendapatan negara, telah melangkah ke alam baharu perdagangan korban, suatu perdagangan yang belum diterokai oleh banyak negara di dunia ini. Bukan sahaja negara sedang membangun, negara-negara maju juga masih belum menerokainya secara serius dan jaya. Kelantan dikatakan sebagai pelopor utama mencuba projek berkenaan. Memang Kelantan mendahului dalam segala hal?

Bertolak dari itu satu perjanjian untuk memberi konsensi 30 tahun hutan simpan kekal seluas 1 juta kepada syarikat Climate Proctetors Sdn Bhd dimeteraikan pada 9 Januari 2017. Perjanjian itu sebagai pemulaan untuk membolehkan syarikat berkenaan membuat kajian, audit nilai karbon yang akan diperolehi. Tempoh masa ditetapkan selama dua tahun. Kerajaan Kelantan dijangka akan mengaut bayaran hasil dari pelaksanaan projek berkenaan berpuluh million di samping jaminan pemnulihan hutan. Ia satu usaha yang bagus. 

Jadi pertikaian.

Bagaimana pun ketelusan projek berkenaan, khasnya tentang syarikat diberikan kepercayaan menguruskan hutan Kelantan untuk penjualan carboan itu kini menjadi persoalan. Beberapa persoalan lain juga timbul di sebalik projek berkenaan ini, termasuk ia dieksploitasi untuk menjalankan peniagaan punggutan wang haram melalui internet oleh Ecobit yang dikatakan ada kaitan langsung dengan salah seorang pemegang saham dalam Protectors Climate Sdn Bhd. Ini menyebabkan saya menggelarkan ia sebagai projek "Musang Ngenge". Sidang Dewaan Undangan Kelantan yang berlansung semalam telah didedahkan secara terperinci beberapa kepincangan, kekeliruan dan juga kecacatan perjanjian projek tersebut. Menakut dan membimbangkan ia ada elemen jenayah.

Ianya didedahkan oleh wakil tunggal Amanah, dari Salor, Husam Musa. Pendedahan itu terangkul dalam 20 soalan yang dikemukakan Husam di mana 14 soalan membaitkan langusng perjanjian projek berkenaan serta persoalan tentang beberapa kecacatan dan aktiviti meragukan.

Di sini diturunkan 20 persoalan oleh Husam Musa.

1. Adakah 10 juta ringgit telah diterima oleh Kerajaan dari Climate Protectors.

2. Jika sejumlah 10 juta itu telah diterima....Bila?

3. Adakah Kerajaan memiliki surat rasmi dari UN-Redd atau cabang mana-mana pihak dari PBB yang menyatakan Climate Protectors berdaftar dengan PBB bagi menjayakan Projek Karbon Kredit?

4. Adakah kelulusan 103 ribu hektar kawasan taman negara ini telah mendapat kelulusan dari Tuanku Sultan Kelantan dan Yang Dipertuan Agong? Jika ada surat tersebut mohon surat tersebut dimaklumkan bila tarikhnya?

5. Adakah Perkara hal berkenaan tidak dimaklumkan bahawa tidak ada mana perkara boleh dilakukan oleh mana-mana pihak tanpa perkenan Tuanku Sultan dan YDP Agong, adakah perkara ini dimaklumkan kepada MB dan mengkaji sebaik mungkin?

6. Adakah YAB MB tahu bahawa dialamat tersebut adalah sebuah koperasi dan tiada langsung pejabat syarikat tersebut sebagaimana alamat yang di catatkan diperjanjian?

7. Kenapa semakan tidak dibuat terhadap latar belakang TS Tang yang merupakan orang yang sama dalam Ecobit dan Climate Protectors dan segala aktiviti jualan BITCOINS oleh Ecobit sehingga jualan ini telah memperdayakan kepada orang awam?

8. Dimanakah pegawai-pegawai MB yang sehingga tidak dapat memantau jualan oleh Ecobit yang mencecah RM7 juta kepada orang awam.

9. Adakah Kerajaan telah menerima RM10 juta itu yang semua deal dan semua perkara penerimaan dan pembayaran oleh Climate Protectors MESTI DI KELASKAN SEBAGAI RAHSIA?

10. Kenapa semakan tidak dibuat oleh pihak Kerajaan dengan teliti terhadap Syarikat ini?

11. Saya ingin penjelasan di Dewan ini, apakah hujah-hujah dan sebab-sebab pihak kerajaan untuk tidak membatalkan perjanjian ini selepas isu ini dibangkitkan?

12. Kenapa report polis dibuat keatas saya, adakah ini cara yang betul menjaga kepentingan negeri Kelantan kenapa report Polis tidak dibuat terhadap Mr Tang, Climate Protectors, Ecobit? Kenapa report polis dibuat kepada orang yang ingin menyelamatkan kerajaan Kelantan?

13.Apa akan jadi kepada Negeri Kelantan jika orang yang terlibat melarikan diri dalam tempoh 2 tahun lagi lari dan meninggalkan Program Karbon Kredit ini, apa akan jadi kepada Kerajaan Negeri pada waktu itu?

14. Kenapa pegawai-pegawai disekeliling MB tidak peka dengan berita internet yang jelas memaparkan tentang ALERT yang di keluarkan oleh Bank Negara Malaysia dan MB masih lagi dengan bangga berucap tentang hal ini seolah-olah tiada apa yang berlaku?

15 Saya difahamkan akan ada satu lawatan ke China, baru2 ini ke Sepanyol, rombongan ke Korea, ke Jepun dan hasilnya kilang KPK yang saya telah bangkitkan hal ini, sehingga ini saya tidak pernah menerima jawapan berasaskan audit dalaman SUK, Rosyaimi Enterprise ambik kayu tak bayar harga kayu.... Saya difahamkan Rosyaimi Enterprise engkar bayar.... Adakah pihak pengurusan KPK akan mengambil tindakan mahkamah terhada Rosyaimi Enterprise untuk memaksa Rosyaimi Enterprise membayar hutangnya?

16. Kilang itu dulunya telah disewakan kepada Souncern, dalam kes kilang ini di tutup, pekerjanya diberhentikan, satu perjanjian antara Pengurusan Souncern dengan KPK RM30 ribu sebulan, dikatakan pihak Souncern tidak bayar sewa kerana mungkin alasan akan dikemukakann kepada dewan ini bahawa mesin tidak dibaiki? Telah digantikan oleh Syarikat Fox Valley yang menyewa untuk tujuan penternakan lebah sebanyak RM20 ribu sebulan, adakah kadar RM20 ribu telah ditentukan secara saksama? Adakah kerana kita nak bagi kepada kawan kita,kita bagi jumlah sewa sejumlah itu.

17. Dalam kes pasar Pasir Puteh, Lembah Binjai, Kampuing Laut, kalau fasa-fasa yang lain boleh dibatalkan kenapa fasa yang pertama tidak boleh dibatalkan terutama kawasan yang melibatkan rumah-rumah orang kampung?

18. Kenapa kita tidak pergi kepada cara perkongsian keuntungan dengan orang kampung dan dirundingi mereka yang terlibat bersesuaian dengan corak cara Membangun Bersama Islam seperti di dakwa?

19, Harapan saya perkara dibawah Pejabat Pembangunan negeri, ada jalan-jalan yang telah dibuat dikawasan Dun Salor yang telah dijanjikan akan dibayar peruntukkan khas dibawah KPK.

20. Di Pasir Puteh, berkaitan Pejabat Tanah dan Jajahan... dalam kelulusan asal oleh Pejabat Daerah Pasir Puteh, pasar ini diluluskan dengan plan 2 tingkat tetapi tiba-tiba tinggal setingkat, setingkat itu hilang menjadikan ianya "cramp", takkan kes buat pasar pihak YB tidak boleh berunding?

Sebelum ini walaupun sudah ada pendedahan dan pertikaian mengenai projek Karbon Kredit itu, tetapi ia bukan bersifat rasmi kerana ia dibuat di luar Dewan di mana ia boleh dianggap sebagai perbuatan nakal yang tidak pun perlu dipedulikan kerajaan. Memang sebelum ini Husam membuat kenyataan berupa peringatan berkenaan projek itu sebagai peringatan. Husam membuat sidang akhbar sebagai reaksi kepada kenyataan Menteri Besar Ahmad Yakob pada 1 Syawal yang menafikan berlaku penebangan pokok menerusi projek berkenaan dan menyifatkan orang mempertikaikan sebagai biadap.

Pendedahan Husam ketika itu belum mendalam. Ia sekadar memberi peringatan dan amaran agar pihak Kerajaan atau mana-mana pihak terbabit dengan perjanjian itu membuat semakan teliti bagi mengelakkan berlaku kelemahan dan kepincangan. Tetapi malangnya amaran Husam itu diprejudiskan sehingga disebut sebagai perbuatan orang kecewa dan berniat jahat. Sedikit pun usaha Husam itu tidak dilihat positif demi kebaikan kerajaan.

Apabila kasus itu telah didedahkan dalam sidang DUN, tempat yang mulia bagi sesebuah kerajaan, maka pendedahan itu rasmi dan ia tidak boleh ditolak secara lawak jenaka. Mengikut maruah dewan sesiapa pun (wakil rakyat) tidak boleh membawa apa-apa perkara, perbuatan dan perkataan yang tidak bermoral, bohong atau pun mengelirukan dewan di dewan berkenaan. Pendedahan dan juga jawaban terhadap persoalan itu perlu dipertangugngjawabkan. Mereka yang cuba mengelirukan dewan atau berbohong akan dikenakan tindakan tatatertib bahkan perlu dikutuk oleh rakyat.

Justeru itu pendedahan oleh Husam itu adalah fakta yang dipertanggungjawabkan bukan diada-adakan. Maka dewan dan juga rakyat Kelantan memerlukan jawaban tuntas dari pihak kerajaan terhadap persoalan ditimbulkan Husam. Dan pihak Kerajaan wajib memberi jawaban dan menjelaskannya kerana rakyat sedang menunggu. Namun malangnya, boleh dikatakan kesemua 20 persoalan Husam tidak dijawab oleh pihak kerajaan.

Pun begitu persoalan dibangkitkan Husam itu tetap dirakam dalam handsert DUN Kelantan dan ia kekal selama-lamanya. Kegagalan pihak kerajan menjawabnya akan dipersoalkan di sepanjang sejarah.

Mengejek Husam.


Apa yang berlaku semalam ialah, hanya suara-suara untuk mempertahankan projek berkenaan dengan penuh emosi dan rasa jengkil dan benci kepada Husam. Tidak ada rasa tanggungjawab langsung jauh sekali bersikap tasamuh. Seperti mana dilakukan wakil Pulai Chodong, (Zulkifili Mamat) dalam mempertahankan projek berkenaan, bukan menjawab apa dibangkitkan Husam, tetapi lebih kepada mempersenda-sendakan Husam dan memberi gambaran Adun Salor itu berniat jahat dan sebelum ini telah melaku berbagai kesalahan dan gagal.

Sepatutnya pihak kerajaan kalau tidak terus mahu menjawab persoalan dibangkit Husam sepatutnya memberi notis untuk menjawab pada sidang akan datang atau sebagainya. Tanpa memberi reaksi langsung dan hanya memperolok-olok adalah perbuatan tidak bertanggungjawab dan memualkan. Tindakan begitu juga memberi gambaran betapa kemetotnya otak anggota di pihak kerajaan.

Ia sangat bertentangan sama sekali dengan konsep kerajaan Kelantan yang berteraskan Islam. Wakil-wakil Pas sering kali mengutip ayat-ayat Quran yang dihafalnya sebelum turun ke Dewan tetapi tanpa mengerti apa yang dibacanya. Sebagai contohnya seorang wakil (kalau tidak silap Kemuning) membaca ayat Quran menyarankan sebelum sesuatu tuduhan dibuat perlukan "tabayun."

Wakil itu menuju kepada apa yang dilakukan Husam. Tuduhan hingusan itu menyebabkan Husam bersoal balik apakah kerajaan "bertabayun" sebelum menanda tangani perjanjian projek karbon kredit itu yang menimbulkan pelbagai masalah itu. Pertanyaan itu menjadikan wakil itu terdiam dan mungkin menyedari dia hanya mengahafal ayat Quran tetapi tidak mengetahui apa yang dibuatnya dan juga kerajaan yang didukungnya. Cis.

Sikap Zulkifli Mamat juga tidak lebih tidak kurang dengan sikap wakil tersebut dalam percubaan menjawab persoalan Husam untuk membela kerajaan. Kalau Zulkifi Mamat bertindak sebagai Exco atau bagi pihak MB untuk menjawab, beliau harus bersedia mempertahankan dengan hujah-hujah dan dalil-dalil yang kemas dan menjawab dengan fakta tergenggam dalam tangan. Beliau tidak seharusnya memperlikan Husam sebagai seorang bijak dalam segala hal sedang dirinya sendiri bertindak sebagai MB de factor dalam dewan, suatu perbuatan dan aksi memalukan. 

Jika diteliti kepada soalan dibangkitkan Husam semuanya memerlukan jawaban berupa fakta dan bukan sekadar bangun untuk mengejek-ejek dan mempersendakan Husam dengan pembongkaran itu sebagai mahu menjadi Menteri Besar Kelantan dan sebagainya. Apa lagi persoalan dibangkitkan terkena langsung ke atas batang tegkuknya, seperti pengambilan wang RM50,000 dari sebuah syarikat untuk ke luar negara perlu dijawab secara berfakta bukannya menafikan dengan meminta bukti di samping cuba memberi gambaran tuduhan itu sebagai tuduhan lawak daripada Husam.

Husam mengatakan dia bersedia untuk menunjukkan bukti apa yang disebutkan. Apabila Menteri Besar Ahmad Yakob bangun mencelah mengatakan apa dibangkitkan Husam itu dalam penelitiannya, sepatut Zulkifili menyedari diri dan tahu akan nasib dirinya. Mengenai pengambilan wang RM50,000 sudah tentu dalam pengetahuan Ahmad Yakob kerana kalau menurut Husam ia ada disebut dalam Audit SUK yang sampai sekarang ini tidak berani dibentang kepada wakil-wakil rakyat. 

Zulkifli patut mempertahankan dirinya bukan dengan cuba memulangkan paku buah keras kepada Husam dengan menceritakan beberapa projek di zaman Husam jadi Exco gagal dan terbengkalai. 

Perlu disebut di sini beberapa projek dikenalikan Husam sebelum ini seperti kambing Japnapari, Debu, Padi Organik dan sebagainya ia tidak melibatkan penyelewengan dan diurukan dengan tidak telus. Semua dilaksanakan oleh kerajaan bukan bersendirian. Tidak ada skandal kewangan berlaku dalam projek-projek berkenaan. Kegagalan projek berkenaan kerana kelemahan pihak yang diberi tanggungjawab menjalankannya. Husam hanya memberi idea. Ia berbeza dengan apa yang berlaku dalam Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) dan juga projek terbaharu Karbon Kredit ini.

Demikian juga perbahasan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perindusterian, Perdagangan dan Perpaduan, Tan Teng Loon atau nama Islamnya Anuar Tan Abdullah, tidak menjelaskan persoalan dibangkitkan Husam tetapi bercerita tentang manfaat mengenai projek mellenium itu. Beliau "terbang" jauh ke luar negara, dan memetik beberapa deklerasi mengenai alam sekitar termasuk di Kyoto dan juga turut menyebut ada tiga orang Melayu memegang saham besar dalam syarikat Climate Protectors Sdn Bhd. Manakala untuk memaskum projek itu beliau mengatakan salah seorang pemegang saham itu kaki masjid -- kuat sembahyang. Dia tidak menyebut seorang pemegang saham lagi peminum arak?

Sepatutnya Teng Loon menjawab persoalan pokok ditimbul oleh Husam menerusi 20 soalan seperti mana yang disebut dalam Dewan itu. Exco berkenaan mengaku dia bercakap benar tetapi dihujung cakap bersimpul dengan pembohongan dan sikap pengecut bila mana tidak memberi laluan kepada Husam untuk mencelah. 

Kesimpulannya saya ingin menarik perhatian yang disebut oleh wakil Pasir Pekan yang juga MB Ahmad Yakob yang bersetuju untuk mengadakan forum bertaraf antarabangsa untuk menjelaskan projek berkenaan kepada umum. Sesungguhnya forum itu sudah tidak perlu sebelum menjawab persoalan dibangkit Husam. Menyelesaikan persoalan itu lebih penting. Kerana seperti kata Husam, setelah kecacatan dan penyelewengan itu didedahkan, kerajaan Kelantan kini terdedak melakukan jenayah dimana ia boleh didakwa.

Rakyat Kelantan yang tahu dan celik mengenai undang-undang sedang meneliti penuh cermat berkaitan projek Karbin Kredit dan aktiviti dijalankan oleh orang bernama TS Tang yang juga ada kaitan dengan syarikat Climate Protectors itu. Sekiranya kerajaan Kelantan tidak dibawa ke mahkamah bersabit isu ini pasti mereka akan menggunakan Piraum ke-14 nanti sebagai mahkamah mengadilkan kelemahan, penyelewengan dan kesilapan kerajaan dalam memilih syarikat untuk melaksanakan projek karbin kredit itu. [d.kita 1:08 t/hari 12/07/17]

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena