Wednesday 12 July 2017

[Video Terkini! Sidang DUN Kelantan Hari Pertama & Banyak soalan Husam tidak dijawab?] 'Akibat kos sara hidup meningkat' Pelajar UTHM hanya makan nasi putih dan kuah aje!

Rabu, 12 Julai 2017

Foto Dato Haji Husam Musa.
Sila jangan ketawa.. Takkan ler ulamak nak menipu? tapi kalau lebai-lebai fraud 'parti agama'.. Jawapannya YA. sebab dah terbiasa makan dedak..

Image result for Gambar menteri umno makan mewah
Foto Suara Rakyat.


PATUTLER.. Yayasan #1MDB bersungguh2 nak 'sponsor' program tunaikan haji..
RUPA-RUPANYA tajaan haji berkenaan perlu dibalas dengan doa agar kepimpinan Najib sedia ada (kerajaan Umno/BN) terus kekal berkuasa.
Bagaimana dengan kehilangan wang berbilion2 ringgit yang didakwa berlaku melalui 1MDB, ada kemasukan wang ke dalam akuan peribadi, ada yang dapat hadiah barang kemas juta-juta banyaknya, ada yang beli jet, hotel, lukisan, buat filem separuh bogel, apartment mewah, anak pemimpin negara berjoli sakan berjudi di kasino Las Vegas dan sebagainya lagi?
Ada juga yang dipecat, disingkir, dibuang kerja, dianiaya dan dipenjara kerana mendedahkan atau bertanya soalan tentang 1MDB.
Tidak mahukah diminta jemaah haji tajaan 1MDB berdoa sama agar kebenaran ditunjukkan, penganiayaan diberi balasan dan pendurjana diberi hukuman sewajarnya oleh Tuhan?

Pelajar UTHM hanya makan nasi putih dan kuah, dakwa peniaga kedai makan

Akibat kos sara hidup yang semakin meningkat, kesannya turut dirasai  dikalangan pelajar  khususnya di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), dakwa seorang peniaga kedai makan 'Line Clear' di Batu Pahat dalam tinjauan  dilakukan  krew 'Jelajah Live Bongkar'  anjuran  Amanah Negeri Johor baru-baru ini.
Krew 'Jelajah Live Bongkar'  telah membuat liputan di sekitar kawasan Batu Pahat bagi mendapatkan respons orang ramai mengenai kenaikkan harga barang yang kian mencengkam masyarakat di negara ini.
Menurut Baharudin Omar, 55 , (Gambar)  yang meluahkan rasa simpatinya melihat nasib pelajar-pelajar di UTHM  dakwanya, terpaksa berjimat sehingga terdapat dikalangan pelajar itu hanya makan nasi berlaukkan kuah sahaja serta air kosong semata.
Pengusaha kedai makan yang menjadi tumpuan pelajar dari universiti itu juga meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan keadaan ekonomi yang semakin mendesak rakyat ketika ini sehingga turut menjejaskan perniagaannya.
“Kalau tengok pelajar yang datang makan di sini hanya makan nasi putih, kuah serta air kosong saja.Kita akan berasa sedih dan kebanyakkan mereka datang dari keluarga yang susah serta tidak berkemampuan.
“Dulu ada juga pelajar yang hidup macam ni, kalau dulu dari sepuluh orang kita akan tengok dua daripadanya saja yang makan macam ni tapi hari ni boleh dikatakan lapan hingga sembilan orang yang akan makan macam ni sepanjang waktu.
“Ekonomi kita teruk, saya akui pelanggan saya semakin susut dan peniagaan ini tidak rancak macam dulu. Bagi saya ini adalah disebabkan faktor ekonomi rakyat yang semakin teruk terbeban, cuba lihat gaji macam tu tapi barang belanja semakin mahal,” katanya.
Suhaizan KaiatManakala Pengarah program 'Jelajah Live Bongkar', Suhaizan Kaiat (Gambar kiri) meluahkan rasa kesedihannya dengan apa yang berlaku terhadap pelajar yang terpaksa menanggung kesan dari kepincangan pengurusan ekonomi di negara ini.
Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Johor itu juga menegaskan agar pihak kerajaan memandang serius akan perkara yang berlaku ini supaya pelajar-pelajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dapat meneruskan pembelajaran mereka secara lebih selesa dari keadaan sekarang.
“Saya merasa sedih dengan apa yang berlaku ketika ini mengenai nasib pelajar-pelajar di IPT khususnya di UTHM yang terpaksa mengikat perut atau berjimat sehingga tahap sebegini rupa sedangkan negara kita digemburkan sebagai negara membangun.
“Harapan saya adalah untuk pihak kerajaan segera menyelesaikan masalah ini agar pelajar-pelajar di IPT dapat menjalani pembelajaran mereka secara lebih selesa tidak seperti hari ini mereka dijadikan mangsa akibat daripada pengurusan ekonomi yang tidak cermat,” Suhaizan Kaiat.
Program 'Jelajah Live Bongkar' ini adalah suatu insiatif bagi mendekati masalah yang dialami oleh masyarakat terbanyak di negara ini dalam menjalani atau menghadapi permasalahan yang berlaku dalam hidup mereka hari ini.


Mohon parti amanah johor menggembeleng tenaga menggerakkan 'food coupon' utk pelajar2 uthm yg tak mampu membeli makanan. Dermawan2 yg selalu menghulur sumbangan ke negara2 luar mungkin perlu mengalihkan sedikit sebanyak sumbangan mereka utk kejayaan program 'food coupon' ini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena