Thursday 9 January 2014

Allahuakbar! NIAGARA FALLS SUDAH BEKU...Cuaca sejuk melampau, AS membeku!

Jumaat, 10 Januari 2014

Cuaca sejuk melampau, AS membeku




NEW YORK - Cuaca sejuk melampau di bahagian utara tengah Amerika Syarikat (AS) pada penghujung minggu lalu mula melanda bahagian timur negara ini, dengan suhu di sesetengah negeri dilaporkan jatuh sehingga mencecah paras -62 darjah celsius.

Keadaan itu mengakibatkan cuaca di wilayah Midwest dan timur AS dilaporkan jauh lebih sejuk berbanding benua Antartika, semalam.
Cuaca beku bersejarah itu mengakibatkan lebih 3,700 penerbangan kebanyakannya membabitkan penerbangan dalam negeri dibatalkan, kelmarin dan dijangka berterusan hingga hari ini membabitkan bandar Chicago, Cleveland, New York dan Boston.

Kira-kira 1,200 penerbangan di dua lapangan terbang di Chicago turut dibatalkan, semalam ekoran keadaan sejuk melampau di seluruh negeri ini.
Kita Bantai Dot Info
NIAGARA FALLS SUDAH BEKU
AIR TERJUN NIAGARA FALLS terkenal dunia setinggi 178 kaki yang ditebingi AS dan Kanada turut membeku tatkala Amerika dan Kanada dilanda musim sejuk paling sejuk sejak 40 tahun. 

Di sesetengah tempat suhu mencecah -50 darjah celcius. Berikut disiarkan gambar NIAGARA FALLS dalam keadaan beku.









Picture: Reuters/Aaron Harris)
REF - http://metro.co.uk/2014/01/09/niagara-falls-frozen-in-time-as-arctic-chill-blankets-us-4255596/

Fakta tentang air terjun ini:
Air terjun Niagara (Bahasa InggerisNiagara FallsBahasa Perancisles Chutes du Niagara) ialah satu kelompok air terjun yang besar di Sungai Niagara yang terbentang di sempadan antarabangsa yang memisahkan wilayah OntarioKanadadan negeri New YorkAmerika Syarikat. Air terjun ini terletak 27 km di barat dayaBuffalo, New York, 120 km di selatan Toronto, Ontario di antara bandar berkembarNiagara Falls, Ontario dan Niagara Falls, New York.
Air terjun Niagara sebenarnya terdiri tiga buah air terjun. Dua buah bahagian utama yang dipisahkan oleh Goat Island ialah Air terjun Horseshoe, yang terletak di bahagian sebelah Kanada, dan Air terjun Amerika, yang terletak di bahagian sebelah Amerika Syarikat. Satu lagi air terjun yang lebih kecil pula ialah Air terjun Bridal Veil yang terletak di bahagian sebelah Amerika Syarikat dan dipisahkan daripada air-air terjun utama oleh Luna Island. Sistem air terjun ini terbentuk apabilaglasier mula mencair pada penghujung era glasier Wisconsin (zaman air batuterakhir) dan air-air itu, yang berasal dari Tasik-tasik Besar yang juga baru terbentuk, membina laluan menerusi Tubiran Niagara dalam perjalanan menuju ke Lautan Atlantik. Walaupun tidak terlalu tinggi, sistem ini adalah amat lebar. Lebih 168,000 m³ padu air jatuh dari garis rabungnya pada setiap minit.[1]
Air terjun ini terkenal kerana keindahannya dan juga sebagai sumber bernilai tinggi untuk penjanaan hidroelektrik. Menguruskan keseimbangan di antara kegunaan rekreasi, komersil dan perusahaan telah menjadi satu cabaran bagi penjaga air terjun ini sejak tahun 1800-an.




Ariana's Story

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena