Thursday, 9 January 2014

Jika kerajaan BN tak boleh bayar hutang (muflis) - K/tangan Awam akan dikurangkan/dipecat dan gaji dipotong...Ada faham!

Khamis, 9 Januari 2014

Kakitangan Awam Bakal Di Pecat Jika..

Kerajaan persekutuan Barisan Nasional (BN) akan terpaksa mengambil langkah mengurangkan jumlah kakitangan awam sekiranya tabiat gemar berbelanja boros yang ada diteruskan sehingga hutang negara mencapai paras 55% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sekali gus diisytiharkan muflis.

Langkah itu akan diambil apabila kerajaan pusat pada ketika itu terdesak untuk mengurangkan perbelanjaannya bagi membayar hutang sedia ada yang dijangka distrukturkan semula.

Pada ketika itu, pinjaman baru sama ada daripada Bank Dunia atau Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) atau bank antarabangsa lain terpaksa dibuat.

Begitu yang diramailkan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam temubual khasnya dengan Selangorkini, akhbar kerajaan negeri Selangor.

Ramalan ini dibuat di tengah-tengah semua pihak termasuk kakitangan awam gelisah dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan di negara ini susulan pengurangan subsidi oleh kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini berkata, kerajaan perlu membuat tindakan pengurangan subsidi dan sebagainya untuk menjaga kepentingan ekonomi negara.

Rafizi berkata, pinjaman baru yang diambil nanti akan dikenakan syarat tertentu yang menjadikan rakyat dan kakitangan awam sebagai mangsa.

“Apabila pinjaman sudah terlalu tinggi dan kerajaan tidak mampu bayar, maka kerajaan akan ambil pinjaman lain untuk tampung sementara pinjaman diambil tetapi syarat dikenakan terlalu besar.

“Kalau kita negara yang mengalami situasi sama seperti Greece atau Sepanyol, baik Bank Dunia, IMF atau bank-bank antarabangsa akan mengenakan syarat yang selalunya golongan pertama jadi mangsa adalah rakyat.

“Jika kerajaan BN sudah tidak boleh bayar hutang dan sampai ke peringkat muflis maka dia terpaksa akur keputusan ekonomi dengan memangsakan rakyat,” katanya.

Rafizi berkata, situasi itu bukan sahaja menyebabkan jumlah kakitangan awam dikurangkan, gaji dipotong dan harga perkhidmatan serta barangan keperluan naik mendadak, bahkan pada masa sama perbelanjaan lain untuk rakyat akan dikurangkan.

“Akan berlaku keadaan seperti menarik balik subsidi minyak dan barangan keperluan lain serta merta hingga menyebabkan harga petrol dan barang keperluan lain naik mendadak lebih tinggi daripada sekarang. Perkara ini akan berlaku,” katanya.

Katanya, ada beberapa negara pernah mengalami muflis seperti Greece, Sepanyol, Iceland, Rusia dan Argentina memutuskan sama ada memperkenalkan cukai baru atau menaikkan cukai sedia ada melambung tinggi.

Ia bagi mendapatkan dana membayar semula hutang dan menjana pendapatan negara semasa negara dalam keadaan muflis.

“Kesengsaraan rakyat di negara muflis itu juga disusuli kurangnya keupayaan untuk menjaga ketenteraman awam disebabkan perbelanjaan berkaitan keselamatan dikurangkan.

“Dalam keadaan itu, rusuhan dan jenayah meningkat seperti Argentina ketika muflis, keganasan meningkat sebanyak 142 peratus dan anak muda menganggur terpaksa merompak untuk mendapatkan sumber kewangan,” katanya seperti dilaporkan Selangorkini. ~tmi

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena