Thursday, 10 April 2014

Singgahmata Reef Resort: Penculik tuntut tebusan 500 juta Peso... Tim. Menteri Dalam Negeri memohon maaf!

Khamis, 10 April 2014
Gambar: Kumpulan penculik telah meminta sebanyak 500 Juta Peso (RM36.4 Juta) atau USD14 juta dari keluarga  Gao Huayun....so.. Umno jgn cakap banyak... bayar saja bagi pihak keluarga pelancung tersebut... yg salah Umno.. so umno yg kena bertanggung jawab..!!

Kumpulan penculik telah meminta sebanyak 500 Juta Peso (RM36.4 Juta) atau USD14 juta dari keluarga Gao Huayun...

Penculik tuntut tebusan RM36.4 juta dari pelancong China

  Gao Hua Yuan

Penculik menuntut wang tebusan sebanyak ₱500 juta atau RM36.4 juta untuk membebaskan pelancong China yang diculik dari sebuah resort di Semporna minggu lalu, The Star melaporkan hari ini.Memetik kata Menteri Dalam Negeri Datuk Ahmad Zahid Hamidi.

Akhbar itu melaporkan Malaysia menghantar satu pasukan untuk berbincang perkembangan terkini dengan “orang tengah” yang terlibat dalam perundingan membebaskan tawanan ini."Kami menerima nota penculik menuntut ₱500 juta atau RM36.4 juta wang tebusan.

"Kami menghantar satu pasukan untuk berunding dengan mereka yang dinamakan sebagai orang tengah," kata Ahmad Zahid, sambil menambah tidak ada tuntutan untuk tebusan Filipina.
Pada 2 April lepas, pelancong China, Gao Hua Yuan, 29, dan pekerja Filipina Marcy Darawan, 40, diculik dari Singgahmata Reef Resort dekat Semporna oleh tujuh ahli kumpulan bersenjata yang dikaitkan dengan kumpulan militan Abu Sayaf.TMI
Posted by 

Akhirnya!!! Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Memohon Maaf, Ada Tapinya... Jom Terjah

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini memohon maaf kepada rakyat Sabah ekoran saranannya agar resort di pulau terpencil ditutup bagi menjamin keselamatan pelancong.

Wan Junaidi yang menjawab satu soalan di Dewan Rakyat hari ini bagaimanapun menjelaskan, belau tiada masalah untuk meminta maaf, walau isu tersebut timbul disebabkan oleh laporan media tertentu yang didakwa “memutar belit” kenyataannya.

Tanpa merujuk media terbabit dengan khusus, MP Santubong itu mendakwa media berkenaan juga tidak melaporkan keseluruhan kenyataannya, sehingga menimbulkan kontroversi.

"Sebelum saya menjawab soalan YB, biarlah saya buat penjelasan seidkit, berhubung kenyataan yang banyak heboh hebah dalam surat khabar. Apa yang (saya) sebut dalam satu rangkap (ayat) sahaja.

"Rangkap saya sedemikian ialah: Jika ikut cara saya, semua resort terpencil dalam zon merah, mesti ditutup. Tetapi kita tidak boleh (bertindak demikian) kerana ia merupakan bahagian utama dalam infrastruktur pelancongan.

“(I said, if I could have it my way, I would close down all the resorts in the red zone area. But we cannot, because it is a key part of the tourism infrastructure).

“Tetapi bahagian terakhir itu digugurkan, hanya bahagian pertama yang dipetik,” kata Wan Junaidi lagi.

"Saya tiada masalah, saya minta maaf kepada semua orang Sabah, walaupun kenyataan saya diputarbelit,” tambahnya.

Beliau menjawab soalan yang diajukan oleh Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan).
-MK
Sedakasejahtera.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena