Thursday 5 June 2014

MENYANGKAL DAKWAAN ISU HUDUD punca Dyana tewas di Tk Intan - Ustaz Norazli bin Musa

Khamis, 5 Jun 2014



Terima kasih kepada jentera PAS diseluruh negara yang turun membantu


Kepada seluruh jentera dan petugas IT yang banyak membantu dalam PRK P0.76 Teluk Intan. Semoga pengorbanan anda diberkati Allah dan mendapat manfaat daripadanya demi kelangsungan perjuangan


DEWAN ULAMAK PAS PERAK MENYOKONG PENUH KERAJAAN KELANTAN MENYANGKAL DAKWAAN ISU HUDUD PUNCA KEKALAHAN CALON DAP DALAM PRK TELUK INTAN

1. Kajian Dr. Ngreng Miang Hong dari UCSI Poll Research Centre mendapati hanya 12% resposden dari kumpulan pengundi cina yang mengambil berat terhadap "Isu Perlaksanaan Hudud yg dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

2. Dalam masa yg sama kemenangan besar DAP pada Prk Gelugor, majoriti 37,659 dengan peratus keluar mengundi hanya 56.27% sedangkan Mendiang Karpal Singh menang dengan majoriti 41,778 walaupun peratusan keluar mengundinya lebih besar iaitu 86.40%. Ini juga membuktikan bahawa "Hudud" bukanlah isu utamanya.

3. Dewan Ulamak Negeri Perak dengan menasihati beberapa orang pimpinan DAP supaya lebih berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan agar tidak termakan "umpan" musuh yang sentiasa berusaha untuk meruntuhkan kesejahteraan dan kehormanian yang dibina selama ini atas nama Pakatan Rakyat.

4. Dewan Ulamak juga mengharapkan agar PR dapat memberi fokus dengan mengembeling tenaga bersama dengan lebih jitu bukan sekadar mengambil semula Parlimen Teluk Intan tetapi menang dengan cemerlang untuk mengambil alih Putrajaya pada PRU ke -14 nanti.

Ustaz Norazli bin Musa
Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Perak.



0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena