Thursday 5 June 2014

Misi mencari MH370 kini hanya eksesais diplomatik?

Jumaat, 6 Jun 2014


Letaklah pengharapan kepada Allah

Biar Betul: Misi mencari MH370 kini hanya eksesais diplomatik?

MH370: Misi mencari kini hanya eksesais diplomatik
SEKILAS PANDANG: Pencarian pesawat MH370 kini hanya dianggap eksesais diplomatik bagi Malaysia.
Ini jelas di dalam kenyataan terbaru yang dibuat pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Kenyataan panjang itu tidak menjawab apa-apa persoalan yang berlegar di benak kita semua – di mana pesawat itu?
Ia hanya sarat dengan pelbagai ayat biasa – “kami memasuki fasa baru yang membawa cabaran berbeza dan perlu dihadapi bersama”.
Hishamuddin menjelaskan bahawa negara-negara Asean menunjukkan sokongan tidak berbelah bagi di dalam merungkai misteri yang “tidak pernah berlaku” itu. Perkataan yang telah diguna berulang-kali.
“Kami juga mempunyai komitmen yang ditandatangani di antara Malaysia, Australia dan China yang menyatakan bahawa pencarian akan dipertingkatkan serta diteruskan.” Ianya hanya hubungan diplomatik tanpa tujuan yang jelas.
Orang ramai telah hilang minat dengan kenyataan seperti itu yang hanya sarat dengan terma formal tanpa memberi sebarang makna.
“Saya berikrar kepada keluarga, walau dimana jua, kami akan melakukan segala-galanya bagi memaklumkan kepada mereka,” ujarnya sambil memberi jaminan bahawa sebarang maklumat akan dikongsi dengan keluarga penumpang dan anak kapal.
Ini bercanggah dengan tindakan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang seakan meninggalkan keluarga anak kapal MH370 yang hilang itu, hanya kerana mereka berkira-kira mengambil tindakan undang-undang terhadap MAS.
Syarikat tersebut menghentikan khidmat bantuan, yang selama ini menjadi tempat rujukan di antara keluarga dengan MAS selepas mereka menerima surat daripada firma guaman Ribbeck Law Chartered.
MAS bagaimanapun menafikan ia telah meninggalkan keluarga tersebut, sambil mendakwa firma guaman tersebut memintanya tidak lagi menghubungi keluarga. Di dalam kenyataan balas, Ribbeck Law menafikan kenyataan syarikat penerbangan itu.
Berbalik kepada kenyataan Hishamuddin, beliau memberi jaminan akan meneruskan pencarian di koridor Selatan, Lautan Hindi.
Beliau juga berkata beberapa syarikat Malaysia akan menyertai misi pencarian dengan menggunakan sistem dan platform bagi pencarian di dasar laut.
Ini termasuk syarikat gergasi Petronas yang akan menyumbang dana bagi alatan Pengimbas Sonar Dasar Laut. 
Satu lagi syarikat ialah Boustead (yang dilanda kemelut DNA babi di dalam coklat Cadbury) dengan Kapal Peninjau Laut yang memiliki kebolehan melakukan kajian di dasar laut serta menggunakan alat kawalan jauh bagi misi mencari dan menyelamat.
Ini usaha yang harus dipuji baik kerana syarikat tempatan terlibat secara langsung di dalam misi pencarian ini. Tetapi apakah hasilnya?
Kenyataan Hishamuddin diakhiri dengan janji bahawa pencarian akan diteruskan sehingga pesawat tersebut dijumpai. “Kami akan meninjau segala kemungkinan di dalam mencari MH370,” katanya.
Pencarian di Lautan Hindi bagaimanapun tidak langsung menemukan sebarang bukti, lantas menyebabkan keluasan kawasan pencarian ditambah.
Bagaimana sekiranya hasilnya tiada juga? Apa yang akan berlaku seterusnya?
Apa maksud Hishamuddin “meninjau segala kemungkinan?”
Adakah pasukan pencarian dihantar bagi meninjau kawasan di Kandahar, Afghanistan bagi menyiasat dakwaan pesawat tersebut mungkin berada di situ?
Lebih banyak teori yang tersebar tetapi adakah siasatan tentangnya dilakukan?
Kini, misi pencarian seakan tidak diterajui dengan berkesan. Adakah MH370 terhempas di Lautan Hindi atau berhampiran Phuket Thailand?
Hari ini di sini, esok mungkin di sana pula.
Kemungkinan pencarian ini akan merentas pelbagai benua sebelum sezarah bukti tentangnya ditemui - V Shuman

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena