Friday 13 February 2015

[Video Budak Dikasari Pengawal] APCO - Mengata Orang, UMNO yang CAKAP LEBIH!... Nak jadi hero ka KJ?...

Sabtu 14 Februari 2015

Video: Dikasari Pengawal, Budak Mengucap Dua Kalimah Syahadah & Mengangkat Jari Telunjuk

Semalam Siakapkeli ada menyiarkan berita yang mengejutkan masyarakat Islam sedunia yang mana tiga penuntut Islam terbunuh oleh jiran mereka di Amerika Syarikat.

Kali ini satu kes yang hampir serupa turut berlaku di Sweden. Namun kali ini melibatkan seorang kanak-kanak yang telah dikasari oleh seorang pengawal keselamatan di sebuah stesen keretapi di Malmo.

Video rakaman kejadian yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki yang berusia sembilan tahun dihentak kuat pada permukaan lantai oleh pengawal itu. Tindakan itu ternyata mengundang kemarahan orang ramai kerana kekerasan yang dilakukan oleh seorang dewasa terhadap kanak-kanak bawah umur.

Lebih menyemarakkan kemarahan serta semangat umat Islam apabila dalam rakaman tersebut, ketika budak itu diperlakukan sebegitu, budak itu mengucap dua kalimah syahadah sambil mengangkat jari telunjuknya.

“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad SAW itu persuruh Allah,” ujar kanak-kanak tersebut dalam keadaan menangis.

“Budak lelaki tersebut kelihatan tidak melakukan apa apa kesalahan. Tetapi pengawal tersebut menolaknya ke lantai.

“Berat tubuh pengawal tersebut berkemungkinan dalam lingkungan 90 kilogram, tapi dia terus duduk di atas tubuh budak tersebut dan menekan kepalanya terus di lantai,” kata saksi kepada akhbar tempatan.

Berita antarabangsa melaporkan, kedua-dua kanak-kanak itu diperlakukan sedemikian kerana mereka tidak memiliki tiket ketika menggunakan perkhidmatan kereta api.

Susulan daripada kritikan orang ramai, pihak polis kini sedang menjalankan satu siasatan terhadap kejadian itu diatas tuduhan mengasari budak itu. - Siakapkeli.com.my 

Mengata Dulang Paku Serpih, Mengata Orang UMNO CAKAP LEBIH !!!

Nak jadi hero ka KJ...
KERAjaan UMNO/BN lantik penasihat yahudi-APCO jaga maruah M'sia ka !!!

MASIHKAH ANDA INGAT atau sudah lupa !!!
BERPULUH JUTA RINGGIT dgn selamba dibelanjakan ke atas yahudi-APCO..

Janji KUNCU2 ISRAEL DAPAT NAIKKAN NAMA MALAYSIA (NAJIB) DI MATA DUNIA... Nak selamat di dunia kenalah KAMCING DENGAN ISRAEL-AS... tak gitu...



1 Indonesia, 1 Malaysia, 1 APCO

Posted by 
KUALA LUMPUR, 13 April: APCO Wordwide bukan sahaja memberikan nasihat perhubungan awamnya kepada kerajaan Malaysia bahkan juga kerajaan Indonesia selepas Israel.
Ini dinyatakan dalam laman web APCO sendiri. Yang menariknya, konsep yang hampir sama digunakan antara Malaysia, Indonesia dan juga Israel. Yang bezanya di Israel menggunakan One Israel manakala di Malaysia dan Indonesia digunakan 1Malaysia dan 1Indonesia.
APCO telah dibuktikan di Dewan Rakyat sebagai syarikat yang berpengkalan di Amerika dan mempunyai hubungan rapat dengan Zionis Israel yang membunuh berpuluh ribu umat Islam Palestin.
Konsep 1Malaysia dikatakan hasil nasihat dari APCO kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memandangkan konsep itu serupa dengan konsep One Israel yang digunakan di Israel oleh Ehud Barak(Perdana Menteri Israel) pada tahun 1999.

Namun begitu APCO di dalam laman webnya menafikan bahawa syarikat itu terlibat dengan konsep 1Malaysia. Kenyataan ini dibacakan oleh anggota Parlimen Rembau yang juga Ketua Pemuda Umno di Dewan Rakyat, Khairy Jamaludin. Tetapi adakah rakyat Malaysia boleh mempercayai kenyataan dari syarikat Yahudi ini?
Persoalan yang timbul dari persamaan ini, menurut milosuam.blogspot.com adalah :
  • Adakah Kerajaan Indonesia atau kerajaan Malaysia yang meniru antara satu sama lain?
  • Adakah perkara ini sekadar satu kebetulan yang ajaib?
  • Sekiranya Indonesia meniru Malaysia, tidakkah pemimpin Indonesia akan malu apabila rakyat mengetahui bahawa idea 1Indonesia diciplak dari negara jiran? Begitu juga jika perkara sebaliknya yang berlaku.
  • Adakah idea 1 (one) ini terlalu agung sehingga Malaysia dan Indonesia memakai konsep yang sama?
  • Perlukah konsep 1 Malaysia ini ditiru bulat-bulat oleh Indonesia sehinggakan lambang 1Indonesia dan juga slogan yang digunakan begitu serupa?

Sumber: HarakahDaily





Kami anak muda sentiasa support DSAI

Pertemuan anak muda.

  • Nukilan Indah Alhamdulillah hari ni heboh dilaman sosial seorang warga negara Amarika telah membuat petisyen terhadap kes DSAI ke White House bg mengkaji sistem kehakiman di Malaysia beliau berkata "saya kenal DSAI dia adalah seorang perjuang demokrasi serta memperjuangkan agama Islam " kuasa dunia (AS) akan mengkaji semula ,mungkin ini satu hikmah Allah nak tunjuk kpd kita sama2 kita saksikan....

  • Kita rakyat Malaysia X kan hanya ingin berdiam diri?sedangkan warganegara lain mempertahankan menegakkan kebenaran?

  • Ayuh pejuang2 kita bangkit bersatu tegakkan kebenaran hapuskan kezaliman Allah akan bantu orang yg dizalimi!!!


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena