Saturday 7 February 2015

Noor Farida (Jurucakap Tokoh Melayu G-25) - "Pesalah laku seks kanak-kanak akan berkerumun di Kelantan! "Kenyataan ini sangat prejudis, & menghina...

Ahad, 8 Februari 2015

Pedofil berkerumun di Kelantan jika PAS laksana hudud, kata jurucakap G25

Noor Farida
Hanya kerana hukum Islam yang cuba dibawa PAS ke negeri Kelantan yang dikatakan masih samar, terutamanya membabitkan kesalahan seksual, jurucakap kumpulan 25 Melayu profesional G25 Datuk Noor Farida Ariffin berkata struktur masyarakat masih belum sesuai untuk pelaksanaan hukum Islam tersebut.

Farida berkata, sarjana Islam berpendapat terdapat banyak syarat yang perlu diambil kira sebelum hudud dilaksanakan.

“Kita perlu ada masyarakat yang adil, perbezaan antara kaya dan miskin yang sedikit, tetapi di sini antara Melayu pun ada jurang,” katanya, ketika forum “Malaysia, Kebebasan Ekonomi, dan Globalisasi” anjuran Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) bersempena kelahiran Tunku Abdul Rahman ke-112 di Kuala Lumpur hari ini.

“Masalahnya ustaz-ustaz kampung menyebarkan mesej hudud itu undang-undang Tuhan dan kita tidak boleh persoalkan,” katanya.

Noor Farida berkata, mengambil contoh kesalahan zina,  undang-undang hudud Kelantan menolak penggunaan bukti saintifik seperti sampel DNA dan cap jari, sebaliknya hanya menerima bukti 4 saksi mata kejadian zina tersebut.

“Disebabkan mereka menggunakan bukti kurun ke-12 sebagai pembuktian untuk kes zina, menolak bukti saintifik.

“Mereka menegaskan hanya itu caranya untuk membuktikan berlakunya kejadian zina… ini tidak masuk akal,” katanya.

“Pemimpin PAS naik kereta, kapal terbang, tetapi tidak terima bukti saintifik.”

Malah, Nabi Muhammad katanya turut menganjurkan umatnya berkenaan kepentingan menuntut ilmu itu begitu tinggi.

“Nabi sendiri bersabda, tuntutlah ilmu walau ke negeri China. Jika hudud dilaksanakan di Kelantan, pesalah laku seksual kanak-kanak sudah pasti akan berkerumun di Kelantan.”

“Di sana mereka boleh rogol kanak-kanak atau orang dewasa, inilah dia hudud PAS,”katanya.

PAS dikatakan akan membentangkan Rang Undang-undang hudud dalam sesi Dewan Rakyat akan datang walaupun pemimpin parti komponen Pakatan Rakyat lain mahu ajak berbincang terlebih dahulu. - Sikapkeli.com.my

Sumber: The Malaysian Insider
Menjawab kenyataan Noor Farida berkait isu hudud
MOHD NASAIE ISMAIL

Saya merujuk kenyataan Datuk Noor Farida Ariffin jurucakap G-25 berkait isu hudud. 

1. Kenyataan beliau bahawa, "pesalah laku seks kanak-kanak akan berkerumun di Kelantan kerana di sana mereka boleh rogol kanak-kanak atau orang dewasa". 

Kenyataan ini sangat prejudis, menghina dan jauh daripada bersifat ilmiah. Sepatutnya beliau yang berucap mewakili golongan cendikiawan G-25 berhujah secara rasional dan bukan dengan sentimen yang penuh buruk sangkanya terhadap hudud. Rujukan beliau bahawa pesalah rogol akan mudah terlepas hukuman disebabkan hanya empat saksi diterima dan bukti saintifik ditolak, jauh menyimpang daripada maksud sebenar. Beliau memberi gambaran mudahnya perogol dibebaskan, sedangkan banyak peringkat hukuman lain seperti takzir yang akan dilalui oleh pesalah tersebut. Tambahan pula empat saksi hanya diperlukan untuk sabitan kes zina. Manakala rogol adalah kes yang berlainan. Ia boleh disabitkan dengan:

a) Hudud (kerana zina) 

b) Hirabah (kerana memeras) 

c) Qisas (jika mencederakan atau menyebabkan kematian) 

d) Diat (denda gantirugi) 

Kepelbagaian kes ini boleh disabitkan melalui pelbagai kaedah mengikut pertuduhan.
 Ertinya kes rogol adalah jauh lebih mudah disabitkan berbanding kes zina. 

Saya keliru, kerana selama ini beliau mempromosikan Malaysia yang sederhana dan menolak tindakan ekstrim yang akan merosakkan masa depan Malaysia. Tetapi ucapan beliau tersebut menggambarkan beliau sendiri terjerumus kepada bersikap ekstrem, emosional dan berlaku tidak adil kepada pihak lain.

 2. Kita juga menuntut Datuk Noor Farida kemukakan satu solusi penyelesaian kepada jenayah yang berleluasa dalam negara kita. Jika anda menolak hudud sebagai penyelesaiannya, adakah ada solusi yang lain yang boleh dikemukakan yang terbukti berkesan mencegah jenayah dan beri keadilan kepada semua pihak.

 3. Pemuda PAS Malaysia juga menjemput Datuk Noor Farida Ariffin untuk berdialog berkenaan isu hudud ini untuk menjelaskan kekeliruan dalam hal ini. Harapan kami agar pelawaan ini diterima sejajar dengan perjuangan beliau untuk melihat Malaysia yang lebih sederhana, bebas ekstrimisme dan memberi keadilan untuk semua pihak.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena