Saturday 7 February 2015

"Pandangan beliau itu bukan pendirian parti...Itu hanya spekulasi" - Tim. Presiden Pas

Sabtu, 7 Februari 2015

PAS hari ini menafikan Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz adalah mursyidul am PAS yang baru,

susulan kenyataan yang beberapa kali bertentangan dibuat ahli jawatankuasa pusat parti Islam itu, yang juga merupakan anak Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Timbalan Presiden Mohamad Sabu berkata, dakwaan itu hanya satu spekulasi, sambil menambah setiap kenyataan dikeluarkan anak kepada bekas menteri besar Kelantan itu ialah pandangan peribadi beliau. "Itu hanya spekulasi.

Pandangan beliau itu bukan pendirian parti. Keputusan parti hanya melalui mesyuarat. Kalau ada pandangan lebih awal, atau sebelum itu (mesyuarat), maka kita tidak anggap ia dari parti," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS Kuala Lumpur. Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan berbau kontroversi ahli Parlimen Pasir Mas itu kebelakangan ini.

Bagaimanapun, beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, menolak kemungkinan PAS akan mengenakan sebarang tindakan ke atas Nik Abduh ekoran kenyataannya yang kadangkala bertentangan dengan dasar parti Islam itu.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena