Salah satu komen dari pengomen yang menarik perhatian admin menerusi posting kisah adik Lisyana seorang anak iban yang cekal. Apa yang menariknya, komen ini adalah hakikat sebenar kehidupan warga Sarawak di kawasan pedalaman.
Bagi admin komen dari cik Madelien adalah secubit kisah realiti yang terpaksa dihadapi oleh warga Sarawak di kawasan pedalaman yang masih lagi ketinggalan jauh dari segi pembangunan dan kemudahan asas seperti bekalan air paip, elektrik, jalanraya dan lain-lain.
Mungkin tidak masuk akal Sarawak yang kaya dengan hasil bumi, rakyatnya masih lagi minum air hujan, minum air sungai, bercahayakan pelita di malam hari dan bermacam-macam lagi kekurangan.
Namun itulah hakikat dan kebenarannya. Kalau 51 tahun yang lalu kita masih dapat terima semua ini. Namun selepas 51 tahun Sarawak merdeka dari British dan 51 tahun Sarawak berada dalam Persekutuan Malaysia keadaannya tetap tidak berubah. Bukannya tiada perubahan, namun perubahan yang dibuat bak kata orang iban "semadi nadai".
Walaupun begitu, salah satu sikap warga Sarawak yang harus dipuji ialah sifat "Kesabaran", walaupun hakikat di dalam hati menahan "amarah" yang teramat sangat.
Sungguh pun menahan kesabaran sekian lama, itu tidak bermakna warga Sarawak bodoh atau senang dipermainkan kerana amarah warga Sarawak sudah lama dipendam dan seandainya diluah pasti "celaka" padahnya...
Apa yang membanggakan admin, walaupun serba kekurangan dan dibelenggu kemiskinan, warga Sarawak tetap teruskan hidup dan bukanlah cara warga Sarawak meminta bantuan itu atau ini sampai sanggup keluar tv, kerana warga Sarawak mampu hidup walaupun dinafikan pembangunan dan kemudahan asas yang seharusnya dimiliki.
Setakat ini saja admin mampu rencanakan, diharap pihak yang berkenaan khususnya YB YB dan MP MP kalau boleh TOLONGLAHHHHH!!!... Sila buka mata anda dan sila buat kerja anda kerana rakyat memilih anda adalah untuk berkerja dan bukanlah untuk main-main. Sekian terima kasih...
Izwan
23 November 2014
Jam 19.35 Malam

0 comments:
Post a Comment