Sunday 8 February 2015

Pengerusi Pemilihan Muktamar masih Asmuni Awi lagi & Pekung Ketua Pemuda PAS Kuantan Terbongkar?

Isnin, 9 Februari 2015
Sekumpulan anak-anak muda yang baru tumbuh susuh dan belajar berkokok dalam "gok" politik membuat unjuk rasa di perkarangan bangunan Pas ...

Akhirnya Pekung Ketua Pemuda PAS Kuantan Terbongkar


KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menafikan dakwaan wujudnya konspirasi dalaman untuk menjatuhkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 


Beliau menegaskan pihaknya enggan melayan sebarang gerakan dalaman yang cuba memecahbelahkan kepimpinan Pas.

"Tak ada (konspirasi), saya tidak pakai semuanya itu," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat di Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini. 

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan Ketua Pemuda Pas Kuantan, Noorzazilafadli Ibrahim yang mendakwa terdapat usaha untuk menguasai Pas Pusat dan menjatuhkan Abdul Hadi

Sementara itu ketika ditanya mengenai perkembangan terkini mengenai hasil mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat hari ini, beliau berkata pihak membincangkan urusan parti termasuk meluluskan keahlian baharu dan pemilihan parti itu pada Jun ini. 


"Mesyuarat Pas hari ini biasa, ada kelulusan ahli baru, bentang laporan kewangan dan dari soal pemilihan itu, tak banyak pembaharuan, pengerusi pemilihan masih Asmuni Awi lagi. 

"Tadi kita bincang dari segi tempat muktamar, dicadangan di Kuala Selangor, tapi akan perhalus kita akan buat beberapa tempat," ujarnya. 

Addin:
Harap mereka yang terlibat bertaubat kerana tuduhan tersebut terlalu berat dan tanpa bukti kukuh. Mujurlah Dr. Hatta tidak bertindak untuk saman fitnah.. tidak sia-sia je. Berikutlah adalah printscreen whatsapp yang kononnya dijadikan bukti oleh mereka..



Posted by 


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena