Wednesday 4 March 2015

[Video] Mufti Perlis Dakwa Ustaz Kazim Sebar Riwayat Palsu?

Rabu, 4 Mac 2015
Mufti Perlis Dakwa Ustaz Kazim Sebar Riwayat Palsu?
Ustaz Kazim dr Maza
Kuala Lumpur – Penceramah bebas, Datuk Kazim Elyas dikatakan tidak mempunyai sebarang masalah dengan penolakkan yang dibuat oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis berhubung jemputan sebagai ahli panel untuk Forum Ehwal Islam akan diadakan dinegeri tersebut.

Menurut pembantu peribadinya, Annuar Mat Taib ketika dihubungi SuaraTV sebentar tadi pihaknya telah dimaklumkan mengenai perkara itu.

“Penganjur telah menghubungi kami sebentar tadi untuk memaklumkan mengenai pembatalan program tersebut, dan saya telah memaklumkan kepada Ustaz mengenai perkara itu.

“Beliau (ustaz Kazim) tidak mempunyai sebarang masalah, orang dah tak nak kita tak boleh nak buat apa” ujarnya sebentar tadi.

surat mazaKetika diminta mengulas lanjut mengenai penyebaran surat yang didakwa dikeluarkan oleh Jabatan Mufti itu, beliau bagaimanapun enggan memberikan sebarang maklumbalas.

“Saya ada menerima Whatsapp mengenai surat tersebut, tapi ada baiknya sekiranya Jabatan Mufti (Perlis) yang mengeluarkan kenyataan terlebih dahulu.

“Kalau ustaz komen, takut nanti jadi lain pula” ujarnya lagi.

Pengguna media sosial gempar dengan penyebaran surat yang didakwa dikeluarkan oleh Jabatan Mufti yang tidak membenarkan Ustaz Kazim menjadi ahli panel untuk Forum Ehwal Islam sempena Keputeraan DYMM Raja Perlis.

Antara alasan penolakkan surat yang ditandatanggani oleh Mufti Perlis, Prof Madya Dato Dr Mohd Asri Zainul Abidin itu ialah ustaz Kazim dikatakan sering terlibat dengan pembacaan riwat-riwayat (hadis) palsu.

Sementara itu penceramah selebriti itu berkata beliau tidak bermaksud memberi contoh Nabi Muhammad S.A.W melakukan kenduri paling mahal dengan menyediakan roti jala yang dicelup dengan kuah kari seperti yang dipaparkan dalam sebuah buku dan juga rakaman ceramah yang tersebar.

Menurut Kazim, sebenarnya mengikut sejarah, Nabi pernah menyediakan roti yang dicicah dengan kuah kambing dan bagi mengikut sunah Rasulullah, masyarakat zaman ini boleh menyediakan roti jala dicelup dengan kuah kari kepada tetamu yang hadir.

“Saya tahu ramai yang mempertikaikan tentang perkara itu. Takkanlah saya bodoh nak cakap Rasulullah beri makan roti jala kepada tetamunya. Zaman itu ada ke roti jala?

“Ia sebenarnya hanyalah satu contoh di mana jika Rasulullah menyediakan roti dengan kuah kambing, apa salahnya kita sediakan roti jala dengan kuah kari. Tetapi ramai yang salah faham,” katanya memetik laporan mStar Online.

Pada tahun lalu, sebuah buku berjudul Tuhan Sedang Menguji Kita yang memetik ceramah-ceramah Kazim telah diterbitkan di bawah penerbitan Karangkraf.

ustaz kazim roti jala
Artikel yang ditulis di sebuah buku ‘Tuhan Sedang Menguji Kita’.

Bagaimanapun buku tersebut menjadi bualan ramai apabila pada muka surat ke-51, terdapat artikel yang mengatakan kenduri Rasulullah S.A.W yang paling mahal adalah roti jala dicelup dengan kuah kari.

Rakaman video ceramah mengenai topik itu juga turut dirakamkan dan disiarkan menerusi YouTube sehingga menimbulkan komen-komen negatif masyarakat.


Ramai yang memberi reaksi bahawa Kazim telah menyampaikan informasi salah dan ia boleh menjejaskan akidah masyarakat yang mengikuti ceramah-ceramahnya.

Dalam pada itu, Kazim berkata, sebelum buku tersebut diterbitkan, dia telah membuat beberapa pembetulan termasuklah bahagian isu roti jala yang ditulis, namun dia tak pasti sama ada ia telah diperbetulkan atau tidak.

Sementara itu, Kazim berkata, dia tidak mempunyai masalah dengan isu yang ditimbulkan kerana dia tahu ada pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja mencetuskan kontroversi tersebut dengan memanipulasikan kenyataannya itu.

“Sebenarnya perkara itu sudah lama malah buku itu laris dijual. Tetapi kenapa ia perlu dibangkitkan sekarang?

“Saya tahu ada pihak yang tidak puas hati dengan saya yang tidak menyokong sesebuah parti politik itu sehinga ia sengaja mencetuskan isu.

“Dan pendirian saya pula, sebagai pendakwah tidak akan memihak kepada mana-mana parti politik kerana saya hanya mahu berdakwah. Itu sahaja,” tegasnya.

Dr Asri ketika dihubungi sebentar tadi, walau bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen.

“Rujuk Facebook saya, kenyataan mengenainya akan dikeluarkan sebentar lagi” ujarnya ringkas.

Dr maza roti jalaDr Asri melalui akaun Facebooknya berkata pihaknya tidak bersetuju dengan pemilihan panel Forum yang akan diadakan itu atas alasan riwayat-riwayat palsu yang pernah disebarkan, selaras dengan kehendak keilmuan dan masyarakat sendiri untuk memastikan kesahihan sumber.

Beliau turut menafikan dakwaan kononnya tidak membenarkan Ustaz Kazim untuk berceramah sebaliknya hanya menyatakan pendirian untuk tidak bersetuju.

“Surat itu TIDAK menyebut penceramah berkenaan dihalang berceramah di Perlis tetapi menyatakan tidak bersetuju untuk menjadi panel forum berkenaan yang bersempena Keputeraan DYMM Raja Perlis.

“Ia adalah surat dalaman pentadbiran yang Jabatan Mufti merupakan JK Penganjur. Maka, penyebarannya tidak sepatutnya berlaku.” ujarnya di laman sosial Facebook sebentar tadi.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena