Friday 27 March 2015

50,000 KAKITANGAN KERAJAAN BAKAL DIBERHENTIKAN...mereka hendak makan apa?

Jumaat, 27 Mac 2015

TERKINI, 50,000 KAKITANGAN KERAJAAN BAKAL DIBERHENTIKAN


Tak sambung kontrak 50,000 kakitangan beri implikasi buruk

Omar Osman

Keputusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk tidak menyambung kontrak 50,000 orang kakitangan awam selepas 31 Disember tahun ini bakal memberi implikasi buruk kepada politik, ekonomi dan sosial.

Sehubungan itu, JPA diminta mengkaji sedalam-dalamnya keputusan berkenaan sebelum akhir tahun ini.

Bekas Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman yang tidak berpuas hati dengan keputusan berkenaan percaya keputusan itu pasti disebabkan kekangan belanjawan kerajaan.


Bagaimanapun, katanya, JPA mengambil jalan mudah untuk menangani masalah tersebut.

"Pada 2012 pun macam itu juga, bagi notis sama. JPA tidak fikir ke keputusan itu membabitkan 50,000 orang pekerja, bukan 10 orang, bukan 50 orang. Kalau 50,000 itu diberhentikan mereka hendak makan apa? Anak isteri dan tanggungan mereka hendak disuap dengan apa? Hutang rumah, hutang kereta macam mana?

"Jangan ambil mudah, jangan buat keputusan sebab mereka sudah duduk di kerusi empuk. Fikir nasib orang-orang bawahan," tambahnya kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.

Omar yang juga Presiden Kelab Pesara 1Malaysia dan Yayasan Pekerja Malaysia berkata, kebanyakan pekerja kontrak kakitangan awam sudah berkhidmat melebihi 10 tahun dan dalam situasi semasa bukan mudah untuk cari kerja baru.

Malah, beliau percaya meskipun notis berkenaan telah dikeluarkan, ada pekerja kontrak awam tertentu yang selamat di sebabkan faktor-faktor dalaman.

"Dulu pun pernah buat macam ini tetapi ada pekerja-pekerja kontrak terselamat. Ini juga tidak adil, tidak telus," tambahnya.

Beliau berkata, hampir 98 peratus pekerja kontrak kerajaan adalah dalam kalangan orang Melayu dan kalau notis itu dikuatkuasa, yang banyak menganggur adalah orang Melayu.

"Ini adalah satu petunjuk tidak baik kepada politik, imej kerajaan, sosial dan ekonomi secara keseluruhannya. Jadi JPA fikir-fikirkanlah," ujar beliau. - SUMBER

Kedahkini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena