FACE BOOK
Ada masanya aku tengok dari pandangan mata mereka, seolah-olah ada satu perasaan yang cuba disembunyikan. Kerana mereka juga bakal merasa seperti apa yang akan kita rasa. Mereka faham perasaannya.Cukai untuk rakyat miskin akan dirasai juga oleh mereka,kerana mereka juga rakyat. Yang perlu hidup.Namun atas nama Kerja, ada suara yang harus diikuti meski gerak hati mereka kuat mengatakan tidak.
Tapi ada perkara yang lebih besar daripada itu. Tugas mereka yang sebenar-benarnya bukan untuk melindungi suara & kuasa orang-orang yang menyalahgunakan kuasa, tapi untuk melindungi rakyat yang tak punya kuasa. Setidaknya kalau kalian tidak berani untuk berkata, izinkan kami untuk terus melawan di pihak kalian.Biarkan kuasa yang sebenar dipulangkan kepada yang sepatutnya. Kerana pada Akhirnya, masa depan milik kita.Di Malaysia hari ini, yang kaya semakin kaya. Yang miskin semakin miskin. Itu realiti. Tiada jalan lain untuk suara kita didengari melainkan dengan turun ke jalanraya dan lawan.
Duduk Bantah Kita Lawan dah masuk Hari ke 6. Malam semalam,Sekumpulan manusia yang mengaku menjadi pelindung rakyat tidak bersenjata bertukar menjadi syaitan apabila tiba-tiba memukul dan menangkap 6 orang rakan kami yang sedang berhimpun secara aman dan mencederakan seorang wanita berusia 70 tahun dalam cubaan untuk menangkap beliau tetapi gagal. Tindakan bacul polis ini membuktikan Malaysia masih berada dalam penafian dalam kesuksesan sistem demokrasi.Malam ini malam terakhir kem Duduk Bantah di Dataran Merdeka sebelum demonstrasi pada 28 Mac.Sila hadir berikan sokongan.
Yang baik wajib sokong
KOMENTAR
haramkan styrofoam
adalah langkah bijak
ini wajib disokong
ini wajib diperluaskan
ke seluruh negara
sacepat muungkin
wajib diberikan penerangan
tentang bahaya styrofoam
yang kini melanggar bukan sahaja
malaysia malah seluruh dunia
DBKL haramkan pengunaan bekas makanan styrofoam
KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengharamkan penggunaan bekas makanan styrofoam di kawasan Dataran Merdeka di sini dalam usaha mewujudkan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya hijau.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Ahmad Phesal Talib berkata, DBKL dalam masa terdekat akan mewujudkan kempen kesedaran untuk menjadikan bandar raya ini bebas daripada penggunaan bahan styrofoam.
DBKL akan memberikan pendidikan mengenai penggunaan bekas makanan yang lebih selamat dan mesra alam.
KAH KAH KAH
woit
yang baik macam ini
anak muda sokong
#KITA LAWAN
YANG BAIK
WAJIB SOKONG
0 comments:
Post a Comment