Thursday, 26 March 2015

1MDB - Apasal menteri enggan jawab... Husni layak dapat anugerah 'Oscar'

Khamis, 26 Mac 2015

Apasal menteri enggan jawab isu 1MDB..??

Menteri enggan jawab, DAP dakwa Putrajaya cuba tutup skandal 1MDB



DAP berkata Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah 'takut' menjawab soalan Parlimen mengenai wang AS$700 juta melibatkan 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Mac, 2015.
DAP berkata Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah 'takut' menjawab soalan Parlimen mengenai wang AS$700 juta melibatkan 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Mac, 2015.

Keengganan menteri menjawab soalan penting berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB)-PetroSaudi di Parlimen merupakan bukti jelas Putrajaya cuba menutupnya dan melambatkan kejatuhannya, kata DAP.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua berkata, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang dianggapnya "takut" menjawab soalan itu menunjukkan kerajaan mahu menyembunyikan perkara itu dan tidak serius menangani isu rasuah.

Pua berkata Husni sepatutnya boleh menjawab isu itu tanpa menyentuh sama ada wujud sebarang kesalahan jenayah atau tidak.

"Ucapan kami (wakil rakyat Pakatan Rakyat) di Parlimen memohon pengesahan sama ada 1MDB ada memindahkan AS$700 juta ke dalam akaun bank Switzerland syarikat Good Star Limited dan kenapa ia berbuat demikian.

"Menteri boleh sahaja jawab soalan berhubung fakta itu tanpa menyentuh isu sama ada sebarang jenayah dilakukan atau tidak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Husni semasa ucapan penggulungan Kementerian Kewangan semalam gagal menjawab pertanyaan skandal 1MDB-PetroSaudi, yang baru-baru ini didedahkan laman web Sarawak Report.

Beliau pada mulanya merujuk penyelewengan AS$700 juta oleh Good Star - entiti yang dikawal ahli perniagaan Malaysia Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low - dengan mendakwa isu itu sedang disiasat ketua audit negara dan polis.

Husni berkata, yang terbaik ialah tunggu hasil siasatan.

Pua berkata, jawapan sepintas lalu oleh Husni di Parlimen itu untuk skandal sebegitu besar yang menarik perhatian dunia menunjukkan Barisan Nasional (BN) tidak serius membanteras rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

"Keengganan menteri menjawab soalan-soalan penting itu membuktikan tanpa keraguan yang kerajaan cuba menutup skandal itu dan menangguhkan kejatuhannya.

"Sebaliknya, Kabinet menyerahkan perkara itu kepada audit khas oleh ketua audit negara, yang mungkin mengambil masa berbulan untuk disiapkan.

"Ketika itu, pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berharap skandal itu akan senyap-senyap pudar atau dalang di belakang skandal berbilion ringgit itu akan berjaya menutup jejak mereka," katanya.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu juga menyelar Husni yang menggunakan Peraturan Dewan untuk mengelak menjawab soalan.

Katanya, apabila ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin mendesaknya, Husni sengaja memegang dan membelek lembaran Peraturan Dewan sambil memohon pandangan daripada timbalan speaker sama ada beliau perlu menjawab atau tidak.

"Timbalan speaker kemudiannya membenarkan menteri memilih untuk tidak menjawab soalan (Sim).

"Husni layak dapat anugerah 'Oscar' kerana sebenarnya, tidak ada klausa dalam Peraturan Dewan yang menghalang seorang menteri menjawab soalan mengenai kes yang sedang disiasat, baik oleh audit negara atau polis," katanya. – 26 Mac, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/menteri-enggan-jawab-dap-dakwa-putrajaya-cuba-tutup-skandal-1mdb#sthash.EgayaIii.dpuf
Posted by Kedah Lanie 

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena