Saturday, 21 March 2015

"Kita (PAS) masih dalam Pakatan Rakyat," kata TGHH

Ahad, 22 Mac 2015

PAS keluar Pakatan, itu dalam ilmu Allah - Presiden

MARANG: "Itu dalam ilmu Allah. Saya pun tidak tahu bila saya mati," tegas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada pertanyaan media sama ada PAS akan keluar Pakatan Rakyat ekoran isu berhubung Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang diluluskan pada persidangan Dun Kelantan, 19 Mac lalu.

"Kita (PAS) masih dalam Pakatan Rakyat," tegasnya pada sidang media selepas tamat program Pidato Kemuncak pada malam terakhir Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah di Dewan Tok Guru, Rusila tengah malam tadi. Hadir sama ialah Naib Presiden PAS dan Setiausaha Agung, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Mustafa Ali serta Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Saiful Bahri Mamat. 

Justeru, beliau berkata, kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat adalah perkara akan datang yang berada dalam ilmu Allah. "DAP tak setuju, itu hak dia," ujarnya apabila ditanya mengenai pedirian DAP yang tidak bersetuju dengan enakmen tersebut. Katanya, PAS juga tidak setuju dengan pilihan raya majlis berkuasa tempatan yang dicadangkan oleh DAP. "Kita tak setuju, kita diam," ujarnya. Beliau menegaskan lagi bahawa Pakatan Rakyat adalah pakatan yang longgar dan masing-masing ada pandangan berbeza.

"Kita tidak boleh halang berbeza pandangan. Kita pernah dalam kenyataan bersama pada 2011 kita terima itu (kanun jenayah syariah) hak negeri. Kita beri peluang kepada DAP untuk tidak setuju," ujarnya. Selain beliau, turut menandatangani kenyataan bersama itu ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang. Justeru, Tuan Guru Abdul Hadi berkata, PAS adalah Melayu yang tidak mudah lupa. "Kita Melayu yang tidak lupa, bukan mudah lupa. Kewajipan kita bentang, setuju tak setuju tengok dulu," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang turut diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri yang menyatakan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian berhubung pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) di Kelantan tidak mungkin dapat dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat yang berlangsung sekarang. Kata menteri itu, ini berikutan banyak lagi Rang Undang-undang kerajaan perlu dibentangkan pada sidang Parlimen (Dewan Rakyat) kali ini yang akan berakhir 9 April hadapan. 

Menurut Tuan Guru Abdul Hadi, Yang Dipertua Dewan Rakyat akan memutuskan perkara itu nanti. "Itu kita lihat dulu, kita tidk boleh bercakap perkara akan datang. Itu ikut peraturan dewan. Itu biasalah dalam negara demokrasi. Kita kemuka Rang Undang-Undang Persendirian secara demokrasi," ujarnya.

 Posted & copy by RAKYAT MARHAEN 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena