Monday 23 March 2015

at-takiri ka & at-takanan ka? Sukahatilah kau!...Zulhasmi sudah pulang PAKU buah KERAS?

Isnin, 23 Mac 2015

Zulhasmi pulang PAKU buah KERAS


Inilah individu yang menggunakan nama gelaran At-Takanan dihujung namanya bagi menunjukkan bahawa beliau sangat berlawanan dengan seorang lagi individu yang menggunakan nama gelaran Al-Takiri.

Kedua-dua individu ini adala orang PAS. Tapi macam biasalah kanan dan kiri adalah dua haluan yang berbeza walaupun mempunyai matlamat yang sama.
Mat Yaakub, sila sahkan benar atau bohong berita ini.... Aku mendapat maklumat gred A1 bahawa Majlis Raja-Raja baru-baru ini telah bersidang yang dipengerusikan oleh Tuanku Sultan Perak Dr Raja Nazrin. Dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja tersebut, Kerajaan Persekutuan telah membentangkan suatu kertas kerja berkaitan perlaksanaan Undang-Undang Jenayah Syariah atau ramai dok sebut "hudud".

Maka dlm perbincangan tersebut ada diutarakan berkaitan pemindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965. Apa hasil mesyuarat? Dikhabarkan bahawa mesyuarat memutuskan menolak kertas cadangan tersebut atas sebab2 tertentu yg tak perlu dihebahkan kpd awam. Justeru aku menyimpulkan bahawa Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 tidak akan dipinda oleh Kerajaan Persekutuan atau jika Presiden PAS membawa Rang Undang-Undang Persendirian (Private Member's Bill) ke Parlimen untuk memohon pindaan Akta 355 tersebut, maka Kerajaan Persekutuan tidak akan menyokong dan meluluskan.

MAKA aku nak bagitau Presiden PAS Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang supaya mendapatkan pengesahan daripada Dato' Menteri Besar Kelantan berkaitan keputusan Majlis Raja-Raja tersebut dan kemudian lupakanlah hasrat meneruskan pembentangan Rang Undang-Undang Persendirian tersebut.

Jangan buat benda yang sia-sia kerana sedari awal kita dah tau Kerajaan Persekutuan tidak akan meluluskan. Tak perlu buang masa buat benda yang tak ada hasil. Lebih baik fokuskan kepada penyatuan ummah dlm PAS dan penyatuan Ummah dlm dunia.

Tuan Guru Hj Hadi juga perlu ingat bahawa kuasa mengenai agama terletak di tangan Raja-Raja Melayu. Kalau dalam isu Menteri Besar Selangor dulu Tuan Guru kata jangan jadikan Sultan Selangor seperti tunggul kerana tidak ikut cakap Sultan yang mahukan calon Menteri Besar lebih dari seorang, maka sewajarnya juga Tuan Guru Hj Hadi mendapatkan persetujuan Raja-Raja untuk membawa Private Member's Bill di Parlimen kerana ianya juga menyentuh kuasa Raja-Raja Melayu.

Jangan masa nak lantik MB Selangor ikut Sultan, taat Sultan tapi bila nak bawa Private Bill tak peduli Sultan. Jangan flip flop sangat nanti orang tak percaya langsung.9 Dalam masa ada lg sikit sebanyak kepercayaan org pd kita, jagalah elok2 jangan bagi hilang langsung.

ZULHAZMI SHARIFF 23/03/2015

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena