Friday 27 March 2015

‘Penculikan’ aktivis - Hisham ditangkap empat lelaki dan ditolak ke dalam kenderaan, kata Mandeep Singh

Sabtu, 27 Mac 2015

‘Penculikan’ aktivis timbulkan kekecohan di perhimpunan anti-GST


Dalam kejadian jam 9.40 malam itu, aktivis Bersih 2.0 Mandeep Singh berkata beliau nampak Hishammuddin ditangkap empat lelaki memakai pakaian biasa dan ditolak ke dalam kenderaan itu yang kemudian berlalu pergi dengan laju. 

Kekecohan terjadi malam ini apabila seorang lelaki, yang menurut saksi kelihatan seperti aktivis Hishamuddin Rais, ditolak masuk ke dalam sebuah kereta Honda Accord berwarna perak ketika dia sedang berjalan menuju lokasi ceramah perdana anti cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dekat Dataran Merdeka malam ini.

Dalam kejadian jam 9.40 malam itu, aktivis Bersih 2.0 Mandeep Singh berkata beliau nampak Hishamuddin ditangkap empat lelaki memakai pakaian biasa dan ditolak ke dalam kenderaan itu yang kemudian berlalu pergi dengan laju.

Insiden itu berlaku di persimpangan jalan di Jalan Raja Laut, bertentangan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur City Hall, dekat Dataran Merdeka di tengah bandaraya.

"Dia menghubungi saya tiga minit sebelum insiden itu ketika dia dalam perjalanan ke sini.

"Saya nampak dia berdiri di lampu isyarat apabila ia terjadi.

"Kami sudah hubungi pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dan dia kini dalam perjalanan ke balai polis Dang Wangi," kata Mandeep.

Mereka yang berhampiran dan melihat kejadian itu mula menjerit dan mengejar kereta itu tetapi gagal menahannya.

Bagaimanapun, menurut satu kenyataan ringkas yang dikeluarkan Komunikasi PKR sebentar tadi, beliau ditangkap oleh polis.

"Hishamuddin ditangkap polis di tapak #KitaLawan di Dataran Merdeka. Beliau kini di IPD Dang Wangi," kata PKR. – tmi

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena