APAKAH HUKUMNYA 'memberi nafas' kepada mereka yang KHIANAT akan amanah yang diberikan kepada mereka?
Oleh Suhaimi Kassim
1. Sifat ulamak yang sebenarnya ialah menjauhi syubhat. Dia pula tidak boleh mendedahkan dirinya dengan melakukan perkara yang mengundang prasangka orang. Patut ke seorang ulamak mengeluarkan kenyataan kenyataan mengelirukan apatah kekeliruan di dalam hal ehwal kehidupan rezeki ini boleh mengundang kepada REDHA KEPADA MAKSIAT PEMBAZIRAN. Perkara mungkar WAJIB diingkari tetapi ustaz Hadi mengheret pengikutnya supaya berada di dua persimpangan. INGKAR DAN REDHA.
Hampir saban tahun belanjawan negara yang dibentangkan oleh kerajaan UMNO BN ialah DEFISIT. Setiap tahun juga kita mendapati ada sahaja penyelewengan dalam laporan audit. Sikap dan pendirian PAS ini akan menyebabkan penyelewengan wang dan khazanah negara bertambah subur. APAKAH HUKUMNYA 'memberi nafas' kepada mereka yang KHIANAT akan amanah yang diberikan kepada mereka? Adakah dengan meredhai belanjawan ini, dia dan ahli-ahli PAS yang bersama dengannya akan terlepas daripada HISAB Allah SWT?
2. Pendekatan mendekati UMNO untuk tujuan islah pernah dilakukan oleh DSAI ketika masuk ke dalam UMNO. Bukan dia seorang sahaja yang mendekati UMNO, malah ramai dari kalangan sahabatnya dari ABIM dan JIM yang terlibat sama. Bagaimanakah kesudahannya? Jika dahulu, ramai pemimpin PAS yang memarahi DSAI kerana masuk UMNO, adakah ustaz Hadi tidak boleh belajar daripada sejarah lama? Adakah beliau ingin mengulangi semula pengalaman PAS ditendang daripada UMNO 1978 ?
3. Menggunakan kaedah Qias pada perbuatan ustaz Hadi mendekati UMNO seperti perbuatan Nabi Musa dan Nabi Ibrahim adalah qias yang tidak kena pada tempatnya.... Ketika dua Nabi ulul azmi ini pergi berjumpa pemerintah, misi dakwah mereka adalah jelas dan tidak ada tindakan yang mengelirukan (sekejap menyokong dan sekejap membantah) Jika menyokong kerja baik dan membantah kerja mungkar, kita boleh setuju. Yang memeningkan kepala orang ramai dalam masalah belanjawan, ia menyokong dalam membantah atau membantah dalam menyokong.... Adakah ini yang dimaksudkan dengan ISTIQAMAH MENUNU REDHA ALLAH?
4. Memang benar bahawa islam tidak berhasrat untuk memegang / merebut kuasa jika kuasa tersebut boleh berada di tangan mereka yang baik. Persoalannya, benar ke kuasa yang ada sekarang boleh kekal berada di tangan mereka yang soleh dengan pendekatan dakwah mengislahkan pembesar UMNO? Alasan MAHU MENGUBAH DASAR TETAPI TIDAK MAHU MENGEKALKAN PEMERINTAH adalah satu kekeliruan besar yang tak sepatutnya dilakukan oleh ulamak yang bergelar faqih.
Tidak cukupkah bukti bagaimana Perdana Menteri merombak kabinetnya semata-mata untuk menyelamatkannya daripada diheret ke mahkamah? UMNO sendiri berada di dalam keadaan berantakan dan perpecahan. Malangnya seorang ulamak yang bertaraf dunia ini boleh memberi 'nafas' kepada mereka yang hampir lemas...
Akhirnya, saya menasihati kepada semua yang masih menyokong ustaz Hadi, ingatlah firman Allah SWT ini... Kematian kita tidaklah jauh daripada selipar yang kita pakai.
وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لَا تُنْصَرُونَ
Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.

Kedah Lanie.
0 comments:
Post a Comment