Wednesday, 11 November 2015

[Video] Husam tidak perlu akur kepada ulama naif & "Jangan mudah ikut dengan gesaan tolol dan kejam."

Khamis, 12 November 2015

Husam tidak perlu akur kepada ulama naif

PERSIMPANGAN

Khabar pada malam 13 November (malam esok) Husam Musa akan berceramah di Kota Bharu Kelantan. Ceramah Husam ini merupakan kali kedua selepas ceramahnya di Kedai Mulong beberapa hari lalu yang telah mengejutkan khalayak politik apabila beliau mendedahkan cerita dalaman Pas yang melibatkan presiden parti tersebut bernama Abdul Hadi Awang.
Ceramah Husam itu sememangnya ditunggu-tunggu kerana sebelum ini beliau membisu walaupun Pas berkemelut ekoran tertubuhnya AMANAH. Husam beruzlah (menyunyikan diri) seketika tanpa mempedulikan politik kerana uzur.

Toh, sebaik pulih dari keuzuran Husam tidak menunggu lama untuk memainkan peranannya sebagai wakil rakyat dan ahli politik bagi membetulkan apa-apa keadaan yang dikira pincang pada akalnya dan perlu diperkatakan demi rakyat dan negeri.

Kerana isi ceramahnya malam itu terkena kena ke atas batang hidung presiden, ia menjadi kontroversi dan panas. Mereka yang mentaksubi Hadi dan menganggap dia adalah peribadi ulama sejati; sambil membela Hadi, membaling tuduhan kesat kepada Husam. Berbagai-bagai cacian dan nesta dilemparkan kepada Husam tanpa melihat kebenaran atau justifikasi apa yang didedahkan Husam.

Juak-juak dan para permuja Hadi marahkan Husam. Serban dan jubah Hadi telah menutup minda mereka untuk daripada melihat dunia secara realiti. Tidak menjadi masalah kalau "pahlwan lembu" yang membelasah dan membalun Husam dalam facebook dan media baru sebagai mempertahankan tindakan huduh Hadi. Tetapi apabila Ketua Dewan Ulama, Mahfodz Mohamad sendiri meminta Husam keluar Pas dan menyertai parti AMANH, ia dianggap sudah melampau. Mahfodz beranggapan Pas sebagai hak mak bapak dia.



Kebetulan malam esok Husam akan tampil di khalayak sekali lagi dalam majlis dialog bertajuk "Demo tanya ambo jawab" bertempat di Kota Bharu. Dispekulasikan Husam akan membalas kenyataan dan gesaan Mahfodz itu. Husam telah memberi jawaban yang dia akan mengulas gesaan Mahfodz itu malam esok dan menangguhkan ulasan dalam media massa.

Apakah pendirian dan sikap diambil Husam berhubung gesaan Ketua Dewan Ulama itu? Saya tidak fikir kalau Husam ikut melayani politik secara daif dan bebal begitu. Husam bukan seorang ahli politik yang dhaif. Untuk apa Husam keluar Pas sedang itu adalah parti yang disertainya. Husam tidak ada masalah dengan Pas dan juga begitu dengan Pas. Yang ada dosa dengannya ialah mereka yang menyimpan dendam kepadanya.

Husam tidak berdosa pun dengan Pas. Apa yang diperjuangkan kini iselama ini mahu meletakkan Pas diatas paksi asasnya sebagai sebuah parti Islam, dan bukan parti agama. Dalam kaca matanya banyak kejadian dan tindakan telah diselewengkan oleh pemimpin kini yang menjuruskan Pas lari dari paksi asal dan menjadi parti agama. Apa yang beliau buat adalah tanggungjawabnya menjaga sebuah kerajaan yang dibangun bersama dengan Allahyarham Tokguru Nik Aziz. Sentimental Husam dengan kerajaan Pas Kelantan cukup tinggi, jadi kita faham kalau dia sebak apabila ada pengkhiatan terhadap "Kerajaan Membangun Bersama Islam" itu.

Kritikan Husam kepada pentadbiran kerajaan Kelantan yang lebih merupakan nasihat dan berniat baik itu adalah tanggungjawabnya. Apakah semua yang Husam lontarkan itu tidak benar dan fitnah? Misalnya mengenai rancangan untuk bekerjasama dengan Umno yang dirancang Hadi itu, presiden itu tidak menjawab sampai ke hari ini. Saya sendiri secaraprivate turut mempunyai sedikit akses mengenai apa yang Husam katakan itu. InsyaAllah bila sampai masa kelak saya akan mendedahkan juga.

Apa dibangkitkan Husam itu, ia hanya dijawab oleh para pahlawan lembu yang bersifat cuba melindungi zakar yang tidak dibaluti "spender" sais XL dari kain pelikat yang carik sahaja. Orang tentu mahu Hadi bersuara sendiri seperti mana dia bersuara membela Najib Razak. Hadi patut tampil menjelas dan menjawab pernyataan Husam itu. Begitu juga di Kelantan apa diharapkan oleh rakyat kepada kerajaan menjawab dan menjelas segala dakwaan Husam itu bukan menempelak baliknya.

Lantaran memahami iltizam Husam, bagi saya tidak ada sebab unutk beliau akur dan patuh kepada gesaan Mahfodz itu. Kata-kata Mahfodz bukan kata berlandaskan Quran dan Hadith maka ia bukan hukum yang wajib dipatuhi. Ia adalah kata-kata dari seorang manusia  yang berbuak dengan nafsu serakah. Tindakan Mahfodz itu menggambarkan dia sangat daif dalam dunia politik. Mahfodz patutnya bukan menghalau Husam tetapi memelihara suara Husam dalam Pas sebab ia menguntungkan Pas.

Apa yang sepatut dilakukan Mahfodz kalau dia berasakan sikap Husam sudah melampau ialah
memanggil Husam dan bersemuka. Cara itu lebih profesional dan ianya sangat sesuai dipraktikkan oleh orang digelar dan dinobat sebagai al ulama. Atau Mahfodz boleh mencadangkan kepada Pas agar mengambil tindakan disiplin dan jika masih tidak dihiraukan, Husam boleh dipecat. Ia bukan dengan cara simplistik yang menggambarkan kita naif dengan terus menghambat orang keluar parti dan menyertai parti lain apabila ia dilihat mengugat kedudukan orang yang sejenis dengan kita.

Sebelum ini pun saya sudah melontarkan pertanyaan, apakah Pas berani memecat Husam. Dengan apa yang dilakukan Husam,  Pas sudah boleh menghadapkannya kepada jawatankuasa disiplin parti? Kenapa tidak dilakukan.

Apabila ketua dewan ulama mengambil sikap seperti pahlawan lembu juga yang bergeliwat dalam facebook ia menjadikan saya musykil dan sedih. Apakah serendah itu tahap pemikiran dan siasah ketua dewan ulama? Nampaknya corak dan cara berfikir ketua dewan ulama sama dengan stail pimpinan tertinggi lain dalam Pas. Ia sudah seragam dan sepulau.

Kalau dijelujuri apa yang sepatut dilakukan Mahfodz bukan perambat Husam keluar daripada Pas. Cara itu kejam dan tidak adil yang tidak layak dilakukan orang yang dianggap ulama. Beliau sepatutnya menilai dan mengkaji apakah dakwaan-dakwaan Husam itu benar atau tidak. Tidak timbul ia memalukan Hadi atau tidak. Yang penting apakah ianya benar-benar berlaku atau hanya provokasi oleh Husam. Kalau ia benar berlaku, Mahfodz dan sesiapa pun harus menerimanya, bukan menyalahkan orang yang mendedahkannya.

Sekiranya perbincangan untuk kerjasama itu benar diadakan, dan ia dianggap satu langkah baik Pas, kenapa perlu diselindungkan? Mahfodz sendiri yang juga sudah lunak dengan Umno patut membelanya dengan menjelaskan keperluan dan logik pelan berkenaan. Husam juga tidak menolak kalau agenda itu hendak diadakan tetapi apa yang dituntut ianya biarlah dibuat secara terus terang dibincang dalam muktamar sebab parti bukan hak sesiapa yang boleh dipancu secara ad-hoc, atau diurus seperti balaisah. Kalau hanya suara Husam seorang ia tidak boleh menghalang Pas daripada melakukan apa-apa jua keputusan yang bertentangan dengan nalurinya.

Demikian juga dengn pendeahan Husam berkaitan dengan salah laku, skandal dan kelemahan pentadbiran kerajaan Pas Kelantan. Mahfodaz perlu menganalisa apa yang Husam katakan itu dengan cermat dan adil. Paling baik beliau panggil pihak kerajaan negeri untuk mendapat penjelasan. Apakah Mahfodaz mengira mereka yang berada di Kota Darul Naim itu para malaikat? Atau pun beliau tidak berbuat begitu kerana "malu alah" kerana mereka terbabit rapat dengannya? Tidak ada istilah itu dalam kamus Islam sejati.

Cara Mahfodz jelas sekali menggambarkan dia bukan seorang yang sepatut berada dijawatan itu yang memerlukan seorang yang mulia, bijak, adil dan hemah serta tidak digonggongi emosi dan rendah akal fikir politik. Dengan cara dia berfikir dan bertindak menjadikan jawatan itu tidak ubah seperti "sangkak ayam" yang penuh dengan habuk dan hama.

Kepada Husam anda jangan mudah akur dengan gesaan tolol dan kejam itu, sebaliknya anda perlu kekal dalam Pas. Dalam perlembagaan Pas dan tafsirannya, tidak ada perkataan-perkataan menggambarkan anda menjadi celaka apabila cuba membawa kebaikan kepada parti selaras dengan tuntutan ad-din.

Manakala bagi Pas pula, sekiranya Husam sudah tidak bernilai lagi, nah bebaslah Husam untuk memudahkan beliau mencari pasangan baru kalau nafsunya masih terbuka.  Pasti dialog malam esok panas, hangat dan menyengat. [wm.kl.10:12 am 12/11/15]

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena