Thursday, 5 November 2015

"Konspirasi" Husam Musa 'melepaskan bom' malam tadi...Akhirnya 'Tembelang Hadi Terbongkar!'

Jumaat, 6 November 2015
Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa “melepaskan bom” malam tadi dalam ceramahnya apabila mendedahkan secara terbuka, presiden PAS mengaku pernah merancang kerjasama dengan Umno bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor.
Posted by 

Hadi akui mahu bentuk kerajaan dengan Umno di Selangor, dakwa Husam 

Katanya, "konspirasi" antara 2 parti Melayu itu menjadi punca perpecahan dalam PAS sebelum ini sehingga melahirkan kumpulan serpihan yang membentuk parti baharu Parti Amanah Negara (Amanah).
Husam berkata, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat pengakuan tersebut ketika ditanya secara beramai-ramai oleh beliau sendiri dan rakannya dalam PAS.
"Presiden kita sendiri mengaku apabila ditanya ramai-ramai," kata Husam dalam ceramahnya di Kota Baru malam tadi, yang pertama selepas sekian lama berehat kerana sakit.
"Saya jadi begini, Mat Sabu jadi begini, adalah kerana konspirasi orang Umno dengan kerjasama orang PAS," katanya merujuk kepada bekas timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu yang kini presiden Amanah.
Sehubungan itu, Husam mencabar Hadi menafikan perkara itu, yang didakwanya berlaku sekitar tahun lepas dalam proses pertukaran menteri besar di Selangor, jika apa yang didedahkannya itu tidak benar.
"Kalau presiden kata tidak, sila nafi. Kalau presiden tanya, kenapa beritahu, saya tanya balik, kenapa buat?," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu.
Husam berkata dalam perancangan itu, Hadi mengaku membuat tawaran kepada beberapa Adun PKR untuk mencukupkan bilangan bagi menubuhkan kerajaan negeri dengan Umno.
Ia berlaku ketika Pakatan Rakyat ketika itu menghadapi krisis berhubung pertukaran menteri besar Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada Mohamed Azmin Ali tahun lepas.
Bagaimanapun, katanya, perkara ini dimaklumkan oleh Adun PKR berkenaan kepada parti mereka.
Husam berkata, perancangan kerjasama dengan Umno itu tidak berhenti setakat itu saja walaupun gagal ia selepas ditolak akar umbi PAS.
Sekarang, katanya, Hadi melontarkan pula idea baharu kepada umum, iaitu untuk menjadi "penasihat kepada kerajaan" sebagai kesinambungan daripada usaha kerjasama ini.
"Niat di hati sudah ada, tetapi kerana rakyat jelata tidak boleh terima lagi, bila campak (idea) penasihat, bagaimana?," soalya dalam ceramah itu.
Beliau dipercayai merujuk kepada kenyataan Hadi baru-baru ini yang dilaporkan berkata, PAS bersedia menasihati kerajaan BN menguruskan masalah berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB), cukai barangan dan perkhidmatan (GST), perumahan serta kejatuhan nilai ringgit, dengan syarat Umno mengubah pemerintahannya selaras dengan Islam.
Hadi juga pernah berkata sebelum ini, PAS tidak mendesak Datuk Seri Najib Razak berundur tetapi mahu beliau menghabiskan penggalnya sebagai perdana menteri dan parti itu bersedia membantu kerajaan dalam dasarnya.
Husam dalam ceramahnya berkata, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz pernah berkata, sukar untuk menambah bilangan menteri dalam kerajaan buat waktu ini kerana bilangan 39 menteri sudah terlalu ramai.
"Nazri beritahu, tak usah masuklah, menteri sudah penuh. Sebab itulah timbul idea lantik jadi penasihat yang bertaraf menteri," kata Husam. – 6 November, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hadi-akui-mahu-bentuk-kerajaan-dengan-umno-di-selangor-dakwa-husam#sthash.P2dcsoBI.dpuf

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena