Thursday, 5 November 2015

Najib cuba larikan diri jawab isu derma RM2.6 bilion & Tiada halangan stesen TV lain siar debat 1MDB. Okok!

Khamis, 5 November 2015
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didakwa cuba mengelak menjawab persoalan berhubung derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya apabila memutuskan untuk menjawabnya pada 3 Disember depan, kata DAP hari ini. 

DAP dakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak cuba elak jawab persoalan berhubung derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya apabila memutuskan untuk menjawabnya pada 3 Disember depan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 November, 2015.
DAP dakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak cuba elak jawab persoalan berhubung derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya apabila memutuskan untuk menjawabnya pada 3 Disember depan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 November, 2015. 

DAP dakwa Najib cuba larikan diri jawab isu derma RM2.6 bilion

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke berkata, tindakan Putrajaya itu cubaan untuk berlengah-lengah daripada memberi jawapan sebenar berhubung isu tersebut.
"Ada persoalan ahli Parlimen lain, kenapa tidak dijawab?," soal Loke yang juga ahli Parlimen Seremban kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.
"Ini plot kerajaan untuk mengelak daripada memberikan jawapan dan mengelakkan isu ini dibahaskan di Parlimen," katanya.  – 5 November, 2015.
MENYUSUL LAGI
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

Tiada halangan stesen TV lain siar debat 1MDB, kata Salleh 
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, tidak ada halangan ke atas stesen televisyen lain untuk siarkan debat 1MDB. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal , 5 November, 2015.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, tidak ada halangan ke atas stesen televisyen lain untuk siarkan debat 1MDB. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal , 5 November, 2015. 

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, tidak ada halangan ke atas stesen televisyen lain sekiranya mereka berhasrat menyiarkan secara langsung debat mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang hangat diperkatakan ketika ini.

Beliau berkata demikian mengulas keputusan Pakatan Harapan hari ini yang menggantikan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dengan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli untuk berdebat dengan Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy.
"Tidak ada halangan jika stesen lain ingin menyiarkan (debat) secara langsung jika kedua-dua pihak bersetuju," katanya kepada The Malaysian Insider, sambil menambah Radio Televisyen Malaysia (RTM) tetap tidak akan menyiarkannya kerana tawaran mereka sebelum ini hanya terbuka kepada Pua dan Arul.
Semalam, Salleh yang juga pengarah komunikasi strategik Barisan Nasional berkata RTM tidak akan menyiarkan secara langsung debat 1MDB walaupun Pakatan Harapan mencari pengganti untuk Pua.
Katanya, tawaran awal hanya dibuat bagi Pua-Arul berdebat dan jika salah seorang daripadanya menarik diri bermakna tawaran itu terbatal serta merta.
Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini mengumumkan Rafizi yang juga setiausaha agung PKR akan menggantikan Pua yang juga setiausaha publisiti kebangsaan DAP dan ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen.
Gabungan parti pembangkang itu menggesa perdebatan disiarkan secara langsung di televisyen dalam program yang turut disertai penonton. – 5 November, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tiada-halangan-stesen-tv-lain-siar-debat-1mdb-kata-salleh#sthash.ap0us8KE.dpuf

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena