Sunday 29 November 2015

Pas kuat di Kedah? "Kenyataan yang tidak berpijak kepada hakikat yang nyata"' - Ketua Pemuda Amanah.

Ahad, 29 November 2015

DAKWAAN PAS DOMINASI POLITIK KEDAH ADALAH TIDAK TEPAT

Merujuk kepada kenyataan yang telah  dikeluarkan oleh Ketua AMK Kedah di Kongress Nasional Keadilan dan kenyataan media Ketua Pemuda Pas Kedah, saya terpanggil untuk menjawab kedua-dua kenyataan tersebut secara kolektif.

Pada mulanya, saya tidak berhasrat untuk menjawab kenyataan Ketua AMK Kedah tersebut kerana kenyataan beliau tidak berpaksikan kepada realiti politik yang sebenar.Akan tetapi apabila sahabat daripada sebuah parti yang menganggap mereka dominan menyahut kenyataan tersebut, saya terpanggil untuk memberikan pendapat dan pandangan di dalam perkara ini.

1- Kenyataan bahawa Pas adalah sebuah parti yang dominan adalah tidak berpijak kepada realiti politik.Ini adalah kerana hakikatnya Pas hanya memerintah Kedah apabila mendapat sokongan daripada semua pihak apabila berada dalam Pakatan Rakyat, kita tidak dapat menolak sokongan daripada masyarakat Tionghua yang merupakan salah satu faktor kemenangan Pakatan Rakyat di Kedah.

Sebagai contoh dalam PRU10 tahun 1999 ketika 65% undi Melayu berpihak kepada pembangkang, Pas hanya mampu mendapat 12 kerusi DUN dan 8 kerusi Parlimen.

2- Kenyataan Ketua AMK Kedah bahawa Pas mempunyai sokongan daripada majoriti institusi pondok di Kedah juga adalah tidak tepat.Ini kerana hakikatnya Pas telah kalah di kawasan Pondok yang majoritinya adalah daripada pengundi melayu contohnya seperti di Parlimen Sik di mana Pas telah kalah di kedua-dua Dun dan Parlimen yang ditandingi.Begitu juga di Parlimen Padang Terap, Jerlun dan Baling di mana Pas kalah di Parlimen dan Dun yang majoriti penduduknya berbangsa melayu dan di dalamnya terdapat pondok-pondok.

3. Walaupun Parti Amanah Negara berumur tidak sampai 3 bulan, ramai anak muda telah mula menyertai Parti berteraskan Islam yang baru ini kerana lahir daripada desakan dan kehendak rakyat yang resah dengan kemelut serta kepincangan tatakelola negara.

4- Secara hakikatnya, Pas tidak serius dalam menumbangkan kerajaan UMNO/ BN kerana telah menolak pelawaan untuk berada bersama-sama dengan Pakatan Harapan sedangkan hakikat politik Malaysia UMNO/ BN tidak pernah lagi tewas apabila parti-parti pembangkang tidak bersama.

5. Pemuda AMANAH Kedah komited memperkukuhkan Pakatan Harapan yang telah dibentuk di peringkat Nasional mahupun di peringkat negeri Kedah dan Seketeriat Pakatan Harapan peringkat negeri Kedah telah menjalankan pelbagai aktiviti bersama sebelum ini.

Oleh yang demikian saya menegaskan bahawa kenyataan yang dibuat oleh kedua-dua pimpinan sahabat pemuda Parti daripada Pas dan AMK Kedah tersebut adalah tidak berpijak kepada hakikat yang nyata.

Asmirul Anuar B. Aris
Ketua Pemuda
Parti Amanah Negara Negeri Kedah
29 November 2015

1 comments:

Anonymous said...

Betuiiii.....geng amanah yang sebenaq-benaqnya kuat di Kedah.....kuat menipu, kuat pemohong, kuat meroyan, kalu hampa rasa kuat.....YB hampa yang lompat katak tu..suruh dia letak jawatan ADUN bertanding semula sebagai calon AMANAH......ada berannnnnn

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena