Friday 12 May 2017

[Video "Saya jamin AMANAH tidak bertanding mana-mana kerusi milik PKR"] UNDI PAS SOKONG UMNO? Tanpa Pas Islam Tidak Akan Hilang Di Malaysia.

Sabtu, 13 Mei 2017

Image result for gambar selena gomez di malaysia

JUMAAT, 12 MEI 2017


UNDI PAS SOKONG UMNO

KENYATAAN MEDIA
11 Mei 2017

1. KEADILAN menzahirkan kekesalan terhadap keputusan yang dibuat oleh badan tertinggi PAS iaitu Majlis Syura Ulamak namun menghormatinya atas kebebasan Pas membuat suatu pendirian politik.

2. Pada masa yang sama KEADILAN menolak tohmahan MAJLIS Syura Ulamak Pas bahawa KEADILAN menentang agenda Islam, melanggar adab-adab berkerjasama dalam politik dan khianat dalam hubungan politik dengan PAS.

3. Sebaliknya rekod KEADILAN kekal sebagai sebuah parti multiracial, komited memperjuangkan agenda rakyat, membanteras rasuah dan penyelewengan, mendedahkan salah urus dan tatakelola pemerintah dan teguh memupuk dan memelihara kerjasama akrab dan solidariti sesama rakan-rakan pembangkang.

4. Pimpinan KEADILAN akan segera berbincang dan mengambil pendirian terhadap keputusan Majlis Syura Ulamak Pas.
Sekian.

Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung KEADILAN

POSTED BY TUKAR TIUB


Tanpa Pas Islam Tidak Akan Hilang Di Malaysia

Akta 355 berbangkit dalam pertemuan Azmin-PAS
Banyak perkara dikaitkan sebagai punca keruhnya hubungan PKR-PAS, termasuklah gara-gara konsert penyanyi dance-pop Amerika Syarikat Selena Gomez di Shah Alam pada 25 Julai lalu.

Bagaimanapun, sebab nombor satu dalam tiga senarai PAS semalam, berkaitan usaha PAS meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Menteri Besar Datuk Azmin Ali pagi tadi enggan mendedahkan butiran berkaitan pertemuan 60 minit pagi tadi dengan tiga exco PAS dan pesuruhjaya negerinya di Shah Alam pagi tadi.

Bagaimanapun, menurut sumber yang mengetahui pertemuan itu, isu berkaitan usul Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu berbangkit semula dalam pertemuan itu.

Setelah dituduh “menentang agenda Islam”, seperti usul Hadi, Azmin dikatakan turut meluahkan rasa kecewanyadi hadapan empat pemimpin kanan PAS negeri itu.

Sumber juga berkata Azmin membangkitkan kenyataan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 8 April lalu, yang melihat pelbagai aspek Mahkamah Syariah dan bukan hanya aspek hukuman seperti dicadangkan Hadi.

Ia termasuk isu keutuhan, kebebasan dan kecekapan kehakiman Mahkamah Syariah, sistem penjara, program latihan, infrastruktur lebih baik dan belanjawan yang bersesuaian.

“Dengan kenyataan 8 April itu, tuduhan Majlis Syura PAS bahawa PKR khianatitahalus siyasi tak boleh diterima oleh PKR,” kata sumber kepadaMalaysiakini.

Azmin pagi tadi memanggil tiga exco PAS dalam kerajaan negeri – Datuk Iskandar Samad, Zaidy Abdul Talib dan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi – dan pesuruhjaya baru parti itu Sallehen Mukhyi.

Penjelasan daripada pemimpin-pemimpin kanan PAS Selangor itu akan dibawa ke perhatian Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail untuk tindakan lanjut.

Majlis Syura Ulama semalam mengumumkan kerjasama politik bersama PKR terbatal atas alasan parti itu banyak melanggar syarat-syaratnya.

Selain Akta 355, PAS juga menuduh PKR khiatat dengan bekerjasama dengan pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan Kelantan dan menentang PAS dalam pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar, iaitu serpihannya Parti Amanah Negara (AMANAH).

PAS meletakkan tindakan politik dan urusan pentadbiran negeri Selangor kepada jawatankuasa kerja pusatnya dengan membangkitkan isumaslahah dan kepentingan Islam serta rakyat.

**Tak payah layanlah PAS ni, tanpa PAS, kedudukan Islam terus dimertabat kerana umat islam tidak bergantung pada PAS untuk menjadi jurucakap mereka.. PAS sibuk dgn imej Islam tapi gagal menjaga kebajikan rakyat dinegeri yang ditadbir sendiri.. Islam apakah itu..?? - Mohd Shah Rim 

Posted by Jeebond BLM

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena