Tuesday, 3 November 2015

Syarikat Australia urus hasil 1MDB dibubar oleh pihak berkuasa negara itu.

Selasa, 3 November 2015

Sebuah syarikat Australia yang dikatakan menguruskan hasil kutipan 1MDB daripada usaha sama pendek dengan PetroSaudi International dibubarkan oleh pihak berkuasa negara itu, lapor The Wall Street Journal (WSJ).
“Pihak pengawal selia Australia tidak melihat hubungan dengan 1MDB sebaliknya sama ada pelabur runcit berisiko.
“Mereka mendakwa Avestra menyembunyikan pelaburannya daripada pengawal selia Australia dengan menyalurkannya ke dana Bridge Global, di mana 1MDB melaburkan wangnya,” menurut laporan harian kewangan itu.
Ia memetik 1MDB sebagai berkata, syarikat itu meletakkan AS$2.32 bilion daripada apa yang didakwa hasil daripada usaha sama dengan PetroSaudi ke entiti berdaftar di Kepulauan Cayman Bridge Global Absolute Return Fund SPC.
Entiti itu dikatakan dibentuk pada 2012, beberapa minggu sebelum menerima wang 1MDB.
Bagaimana dokumen pendaftaran korporat dokumen dilapor tidak mendedahkan siapa yang menubuhkan entiti itu.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena