UNTUK NIK ABDUH - Antara AKP yang dikatakan parti sekular dengan PAS yang dikatakan parti Islam..!!
UNTUK NIK ABDUH
Lepas AKP memerintah Turki, punyalah banyak penerapan Islam yang dibawa. Negara bersih. Pengangkutan awam efisien. Maahad tahfiz bersepah kat Istanbul dan seluruh Turki, fasiliti bertaraf universiti. Pendidikan rakyat diutamakan, sekolah-sekolah bak hotel 5 bintang. Wanita Muslim pula bebas mengenakan hijab ke sana sini. Mereka suburkan budaya ilmu.
Perbincangan , debat, forum hidup subur. Rakyat makin celik. Bodoh jauh sekali. Semangat Ottoman mahu dihidupkan kembali. Akhirnya rakyat tidak telan segala apa yang dilakukan pemerintah. Mereka boleh fikir apa yang baik, apa yang buruk. AKP dah dapat pengajaran pilihanraya sebelum ini. Mereka belajar dari itu. Kini kembali mendapat mandat membentuk kerajaan.
Itu belum lagi bercerita polisi antarabangsa. Mengkritik secara berdepan Shimon Peres Zionis, isu Marvi Marmara, mengiktiraf Presiden Morsi di Mesir, membantu pelarian Syria, memainkan peranan utama dalam menaikkan imej Islam dimata dunia. Kau fikir AKP tu takdek tentangan ke? Tentangan dari parti CHP, Syiah Alawiyah, Kurdish, Pro-Kemalist, tentera. Itu di dalam negara. Belum diambil kira tekanan dari luar pula.
Itu pun ada orang tu cakap AKP ni sama macam UMNO BN..
Sebab itu aku lebih yakin Islam dari segi pelaksanaan. Walk the talk. Kau pergi negara Turki, kau boleh nampak Islam di sana. Tak perlu dipamerkan dengan slogan. Tapi kau pergi negara/ negeri yang perjuangkan Islam, kau boleh lihat sendiri negara/ negeri kotor, ada rakyat tak berumah sampai sekarang, hutan gondol demi wang, gaji pekerja tak dibayar. Alih-alih elaun pemimpin naik.
Lantak pi la ampa.
Malaih aku nak campuq dah..
Masing-masing pentingkan survival politik parti masing-masing.
Tunjuk hero siapa lebih kuat dan berpengaruh.
Bila nak dekat pilihanraya, melutut meraih undi kami..
Tanpa mereka sedar..
Ada rakyat yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang..
Ada rakyat yang sampai tak mampu beli pampers anak akibat kos hidup yang tinggi..
Ada rakyat yang dapat gaji hari ini, dan hari itu juga habis..
Ada rakyat hanya mampu lihat rumah2 dibangunkan di depan mata tanpa mampu memilikinya..
Sudahlah..
Kami rakyat dah letih dengan pemuka-pemuka politik..
Ini artikal NIK ABDUH dalam FB beliau
Kedah Lanie.Nik Mohamad Abduh
2 November at 16:01 · Edited ·
AKP Dan UMNO-BN
AKP bukanlah parti Islam. Ada lagi parti lain yang lebih berani dan lebih berterangan memperjuangkan Islam di Turki. Mereka pernah unggul dulu, tetapi kerana tekanan hebat daripada kekuasaan tokong-tokong sekular di Turki, rakyat Turki memilih untuk mencari parti lain yang kurang mendapat tekanan. AKP mengambil peluang ini dengan baik. Apabila AKP diberi peluang memerintah, mereka lakukannya dengan baik, lalu terus mendapat sokongan rakyat.
Turki negara sekular totok. Mencium bau amalan Islam yang sempurna di sana bagaikan dari kejauhan berbatu-batu jaraknya. Berbanding Malaysia, amalan Islam di negara kita adalah lebih baik dalam banyak perkara.
Jika di Turki kita memuji AKP, di Malaysia kita mengkritik dan membangkang UMNO-BN. Kenapa? Kerana AKP mengamalkan tata kelola pemerintahan dan pentadbiran negara yang lebih menepati ajaran Islam. Amanah. Integriti. Demokratik. Manakala UMNO-BN pula sebaliknya. Pecah amanah. Korup. Aniaya.
Di Turki, pemerintahnya bagus. Di Malaysia, rakyatnya bagus. Sebaliknya adalah sebaliknya.
Maka, harapan di Turki adalah besar. Pemimpin atau parti pemerintah yang baik akan mendorong rakyatnya memilih yang baik. Manakala harapan di Malaysia agak malang kerana pemimpin atau parti pemerintah yang buruk akan mendorong rakyatnya memilih yang buruk jua.
Tanggung jawab rakyat Malaysia adalah besar. Mereka perlu bergagah sesama sendiri untuk mengukuhkan kebaikan dalam negara. Kebaikan adalah Islam. Antara usaha yang baik adalah terus menekan kerajaan untuk menerima Islam. Ia kewajiban yang nyata bagi mengelak negara daripada mengundur ke belakang, ke arah yang lebih buruk dan teruk. Jika tidak, kewajiban adalah menukar UMNO-BN dengan parti yang konsisten memperjuangkan amalan dan praktis Islam yang sempurna.
Tanggung jawab AKP juga besar. Mereka mestilah bergerak kepada Islam setapak demi setapak. Ia perlukan kebijaksanaan tinggi bagi memujuk rakyatnya. Kewajibannya untuk istiqamah dengan Islam pula adalah getir. Semoga AKP tidak hanyut dengan nikmat memerintah negara yang penuh sejarah kegemilangan Islam itu.
Menyokong AKP adalah sebahagian usaha menyedarkan rakyat Malaysia betapa lemahnya UMNO-BN mentadbir negara.
Selamat berjuang untuk ugama dan negara tercinta.
0 comments:
Post a Comment