Wednesday, 4 November 2015

Ho, ho, hooo! Debat 1MDB: Rafizi Ganti Tony Pua? Adik Najib kata sukar untuk mempromosikan Malaysia kerana dah terpalit skandal 1MDB

Khamis, 5 November 2015


Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli akan menggantikan Tony Pua dalam sesi debat dengan Presiden dan Pengarah Eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Arul Kanda. Perkara itu diumumkan oleh wakil Pakatan Harapan di lobi Parlimen, di sini sebentar tadi. Debat itu juga dicadangkan dibuat dalam siaran televisyen secara langsung di hadapan penonton dan dibuat dalam bahasa kebangsaan. - bharian

DICATAT OLEH IDAMAN

Nazir Razak Pulak Bercakap Tentang 1MDB


Pengerusi CIMB Datuk Nazir Razak mengakui adalah sukar untuk mempromosikan Malaysia ketika negara dilanda skandal 1MDB dan isu-isu lain.

"Saya telah lama mempromosikan Malaysia tetapi tidak pernah tugas itu menjadi lebih sukar seperti sekarang kerana 1MDB dan isu-isu berkaitan," katanya dalam posting di Instagram.

Nazir berkata demikian menjelang ucapannya Isnin depan di Persidangan Pelabur CIMB di London di mana beliau akan bercakap mengenai politik dan ekonomi Asean.

Beliau juga memuat naik gambarnya di London pada tahun 1992 ketika menyertai program kempen jelajah menarik pelaburan pertamanya.

Nazir telah sekian lama begitu lantang mengkritik 1MDB yang diilhamkan abangnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Syarikat pelaburan negara 1MDB itu kini bergelut untuk membayar semula hutang US$11 bilion di sebalik tuduhan penyelewengan dananya.

Kenyataan Nazir itu jelas bercanggah dengan jawapan Najib di Dewan Rakyat yang menyatakan bahawa iIsu 1MDB bukan faktor penghalang kemasukan pelaburan asing ke Malaysia.

Malah menurut beliau, jumlah pelaburan asing sebenarnya telah meningkat.

"Isu 1MDB bukan faktor penghalang kemasukan pelaburan ke Malaysia, malah perangkaan terkini menunjukkan para pelabur masih mempunyai keyakinan terhadap ekonomi Malaysia yang mapan," kata Najib yang juga adalah Menteri Kewangan.

Dalam jawapan bertulisnya di parlimen, minggu lalu itu, katanya, Malaysia menerima sebanyak RM22.4 bilion dalam pelaburan langsung asing (FDI) pada separuh pertama 2015, berbanding RM17.5 bilion bagi tempoh yang sama tahun lalu lapor Malaysiakini

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena