Mengadakan sidang media bersama antara saya dengan Dato' Seri Paduka Mukhriz Mahathir, Naib Presiden Parti Pribumi BERSATU Malaysia mengenai isu cadangan jawatan Perdana Menteri Malaysia dihadkan selama dua penggal sahaja, turut hadir Haji Anuar Tahir, Setiausaha Agung.
Sidang media Timbalan Presiden AMANAH Tn Hj Salahuddin Ayub bersama Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Seri Mukhriz Mahathir di Wisma AMANAH Negara, Kuala Lumpur hari ini.
Jom ...
Sertai Bersih 5 bukti fokus satu lawan satu
Parti Amanah Negara (Amanah) negeri Perak menyifatkan hasrat untuk pertandingan satu lawan satu pada Pilihan Raya Umum ke - 14 (PRU14) dapat dibuktikan dalam himpunan Bersih 5 yang bakal berlangsung bulan depan.
Naib Pengerusinya, Tan Seng Toh berkata, pihaknya menyokong hasrat beberapa pimpinan agar formula berkenaan menjadi agenda pada pilihan raya akan datang.
“Pentas terdekat yang boleh dizahirkan oleh semua parti bagi menterjemahkan hasrat pengukuhan dan kesatuan adalah menyertai himpunan Bersih 5 bagi menuntut pilihan raya adil pada 19 November ini,” ujarnya.
Beliau berkata, hanya dengan satu lawan satu dapat menumbangkan BN yang terpalit dengan banyak isu sehingga menjejaskan nama baik negara.
“Hasrat murni dan kerjasama yang erat pada PRU14 nanti perlu diterjemah dengan sikap dan tindakan yang tepat agar rakyat yakin dengan matlamat untuk menumbangkan BN.
“Jangan pula bersikap sinis serta menunjukkan perbalahan terbuka di media khasnya,” ujar Seng Toh dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, Amanah Perak jelasnya lagi, bersedia untuk berkerjasama dengan semua pihak bagi mematahkan talian hayat BN daripada semua segi.
Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan semalam memaklumkan partinya buat masa ini membuat ketetapan untuk tidak menyertai himpunan Bersih 5 yang bertemakan 'Satukan Tenaga, Malaysia Baru!' itu.
Ujarnya seperti dipetik Sinar Harian Online, Bersih 5 mempunyai banyak matlamat lain yang dianggap tidak selari dengan pendekatan parti yang diterajui Datuk Seri Hadi Awang itu.
Pas juga, tambahnya, mempunyai kaedah tersendiri untuk menjadi pembangkang yang efektif di negara ini selaras dengan budaya politik matang dan sejahtera yang dibawa oleh parti berkenaan.
0 comments:
Post a Comment