Friday 21 October 2016

[Video Kecoh - siapa MO1?] Bajet 2017: Najib tanya siapa main sandiwara, MP pembangkang jawab MO1

Sabtu, 22 Oktober 2016





Bajet 2017: Najib tanya siapa main sandiwara, MP pembangkang jawab MO1
21 Oktober 2016 | ARIF ATAN
Pembentangan Bajet 2017 hari ini menyaksikan sebahagian besar Ahli Parlimen pembangkang bertindak protes keluar dari Dewan Rakyat selepas Datuk Seri Mohd Najib Razak bertanyakan soalan tentang sandiwara.
Najib dalam ucapannya berkata beliau mendengar ada pihak yang membuat tuduhan bahawa Bajet 2017 sebagai satu sandiwara kerajaan.
"Baru-baru ini kita mendengar ada pihak buat tuduhan bahawa Bajet 2017 satu sandiwara kononnya tanpa substance kerajaan tidak mempunyai wang mencukupi.
"Malah ada seorang pemimpin pembangkang menyebut pula Malaysia mengalami ribut ekonomi yang sukar pada kaumnya.
"Saudara saudari sekian saya nak tanya disini... siapa yang main sendiiwara...siapa yang tiada substance..dimana mulanya timbul ribut ini?," tanya Najib beberapa kali sebelum dijawab Ahli Parlimen pembangkang yang berteriak "MO1".
Mereka turut mengangkat plakad berkenaan MO1 iaitu singkatan bagi Malaysian Official 1 yang sebelum ini disebut dalam dokumen Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat berhubung kontroversi 1MDB.
Cubaan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia bagaimanapun meminta Ahli Parlimen terbabit untuk duduk kembali di tempat masing-masing tidak berhasil.
"Ahli yang berhormat yang berdiri tolong duduk, ini pembentangan bajet, tolong Shah Alam, ahli yang berhormat duduk!! (berteriak). Ahli berhormat punya peluang berbahas bukan cara begini,"ujar Pandikar yang mahu Najib meneruskan ucapannya tetapi sebaliknya keadaan semakin tidak terkawal.
Najib yang lengkap berbaju Melayu berwarna merah jambu itu juga cuba untuk meneruskan pembentangan.
""Saya boleh simpulkan seperti berikut.... (suasa riuh rendah) dengar- dengar ya...Kalau nak keluar keluarlah takpa," kata Najib.
Walau bagaimanapun, melihatkan bantahan Ahli Parlimen pembangkang berlarutan, Speaker meminta mereka keluar dari Dewan Rakyat.
" Ahli yang berhormat jika tidak minat dengar bajet dengan tabiat begini sila keluar." kata Pandikar.
"Saya percaya Yang Dipertua... rakyat seluruh negara dapat menilai perangai pembangkang, namun saya ucapkan terima kasih yang ada dalam dewan ini lagi," kata Najib meneruskan pembentangannya dengan serangkap pantun.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena