Friday 21 October 2016

[Video] Rosmah hadir dengar Bajet 2017...Emas permata buat manusia gelap mata.

Jumaat, 21 Oktober 2016


Untuk pastikan PERMATA dapat banyak ke...?

Emas permata buat manusia gelap mata


Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak membentangkan Belanjawan 2017 hari ini.
Saya ambil maklum dan baca mengenainya di sana sini, tetapi berasa belum berkemampuan dan berinspirasi untuk mengulas mengenainya.
Muse – sumber ilham – saya pun tidak begitu bersemangat menyalakan obor kreativiti saya mengenai bajet tersebut.
Saya harap muse (dibunyikan “mius”) para pelawat dan pembahas lebih sedia bekerjasama, jadi bolehlah berbahas dengan tuntas.
Saya sediakan ruang untuk tujuan itu di sini. Tetapi kalau muse saudara dan saudari juga kurang memberi kerjasama, boleh lawati laman ini.
Dalam mitos Greek dan Rom, Muse adalah sembilan puteri Zeus dan Mnemosyne yang dikatakan menjaga hal-hal berkaitan seni dan sains.
Tidak hairanlah muse saya lebih cenderung mengheret saya ke arah sejarah, mitos dan legenda Rom. Mereka merujuk kepada saat-saat genting tamadun Rom apabila Julius Caesar mula berkomplot merampas kuasa untuk mengisytiharkan dirinya diktator.
Di kalangan pembesar Rom yang menentang cita-cita Caesar itu adalah pemikir Marcus Tullius Cicero.
Izinkan saya berkongsi dengan para pembahas dan pelawat sekalian satu perenggan dalam buku Dictator oleh novelis Inggeris Robert Harris seperti berikut: “Perhubungan di antara Terentia dengan Cicero lebih beradab, selain satu hal rumit yang menjadi punca ketegangan sepanjang perkahwinan mereka – wang. Berbeza dengan Cicero, Terentia mengalu-alukan pelantikan suaminya sebagai gabenor. Dia melihatnya sebagai peluang keemasan untuk mengumpul kekayaan. Malah dia membawa bersama ketua orang suruhannya, Philotimus dalam perjalanan ke selatan supaya Cicero boleh memanfaatkan kepandaian Philotimus memeras keuntungan. Cicero menangguhkan perbualan dengan Terentia, tetapi Terentia terus membebel hinggalah ke hari terakhir mereka bersama apabila Cicero hilang sabar.
"Ketaasuban awak dengan mencari kekayaan sangat-sangat tidak kena tempat.
"Keborosan awak membelanjakan wang tidak memberikan saya banyak pilihan," katanya.
Cicero berhenti seketika bagi mengawal kemarahannya dan cuba menjelaskan kepada Terentia dengan lebih tenang. "Awak nampaknya tidak faham yang orang macam saya tidak boleh mengambil risiko melakukan tindakan salah. Musuh-musuh saya sedang menunggu peluang untuk mendakwa saya atas tuduhan rasuah."
Kuasa, harta dan wanita adalah punca utama kemusnahan demokrasi Rom. Daripada kerajaan beraja ia bertukar menjadi republik, diktator dan akhirnya maharaja berkuasa mutlak.
Giaus Julius Caesar seorang yang bercita-cita tinggi. Ketika lemah, dia berkongsi kuasa kemudian apabila kuat dia merampasnya dan mengisytiharkan dirinya diktator ke akhir zaman sehinggalah kawannya sendiri, Marcus Junius Brutus menikamnya dari belakang sampai mati.
Berpidato mempertahankan tindakannya, Brutus berkata: “Kalau ada seorang kawan Caesar bertanya mengapa Brutus bangkit menentang Caesar, inilah jawapannya: Bukan aku tidak cukup menyayangi Caesar, tetapi aku lebih menyayangi Rom.”

Tetapi manusia yang tamak boleh mengubah cintanya daripada menyayangi Rom kepada mencintai Ceasar jika dia bangkit dari kuburnya dengan berkoyan emas permata. Emas permata boleh membuat manusia gelap mata.
Wallahuaklam.

DATUK A KADIR JASIN adalah Tokoh Wartawan Negara dan bekas Ketua Pengarang Kumpulan NSTP. Artikel ini pertama kali disiarkan di blognya - The Scribe A Kadir Jasin
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena