Wednesday 19 October 2016

[Video] Jadi lah PENGUNDI BIJAK! Dr M: Bajet 2017 tidak bermakna, Putrajaya tidak ada wang.

Rabu 19 Oktober 2016

JADI PENGUNDI BIJAK...!!


Dr M: Bajet 2017 tidak bermakna, Putrajaya tidak ada wang

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijadual membentangkan Bajet 2017 di Dewan Rakyat, Jumaat ini, dengan pemerhati politik tertanya-tanya sama ada ini adalah belanjawan pilihan raya memandangkan spekulasi bertiup kencang bahawa pilihan raya mengejut semakin hampir.
Bagaimanapun, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan bajet akan datang, pelan fiskal kewangan kelapan di bawah Najib sebagai tidak bermakna, memandangkan tabung kerajaan kini menghadapi kemarau kewangan.
"Tidak dinafikan sejumlah besar wang akan diperuntukkan kepada kementerian dan agensi-agensi kerajaan. Parlimen pasti akan meluluskan bajet itu kerana ia adalah bajet yang dibentangkan oleh pihak kerajaan yang mempunyai majoriti di Parlimen.
"Tetapi rakyat tahu bahawa kerajaan tidak mempunyai wang untuk dibelanjakan. Mereka tahu sejak dua tahun lalu, kementerian telah diberitahu bahawa tidak ada wang dan oleh itu mereka perlu membelanjakan kurang daripada apa yang diperuntukkan.
"Bajet itu sebenarnya tidak bermakna kerana kerajaan tahu ia tidak mempunyai wang," katanya dalam blog post pagi ini.
Mahathir mendakwa kerajaan kekurangan dana kerana kewangan negara tidak digunakan untuk tadbir urus yang baik, pembangunan dan kesejahteraan rakyat.
Wang yang ada, katanya, sedang digunakan untuk memenangi populariti bagi perdana menteri sebaliknya.
Beliau mendakwa kerajaan tidak membelanjakan wang untuk rakyat, tetapi sebaliknya, untuk meningkatkan populariti Najib.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena