Tuesday 18 October 2016

[Video] Ugut bunuh: IGP, jangan main-main soal keganasan..."Mereka memberikan pasport kepada samseng UMNO untuk mencetuskan politik perkauman yang ganas".

Rabu, 19 Oktober 2016


BERSIH 2.0 chairperson Maria Chin Abdullah, secretariat manager, Mandeep Singh, and former co-chair Datuk Ambiga Sreenevasan held a brief press conference after lodging a police report over IS death threats sent via WhatsApp.

BERSIH 2.0 urges the #police to take swift action in the investigation of this serious matter and bring the perpetrators to #justice.

#bersihdua #bersih5
Presiden AMANAH, Mohamad Sabu menggesa Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar supaya mengambil perhatian serius berhubung ancaman ugutan bunuh terhadap pimpinan pergerakan BERSIH.
Pimpinan AMANAH yang diketuai oleh Penasihat Umum, Ustaz Ahmad Awang mengadakan pertemuan dengan pimpinan Ikhwan Muslimin di Kuala Lumpur siang tadi.

#sayaAMANAH
#AMANAHdemiNegara



KENYATAAN MEDIA

17 October 2016
BERSIH MENEGASKAN HAK UNTUK PERHIMPUNAN AMAN

BERSIH 2.0 berterima kasih kepada PDRM kerana memudahkan Konvoi BERSIH 5 di semua negeri. Tindakan PDRM terhadap keganasan baju merah UMNO adalah satu tindakan terpuji.

Penangkapan tiga suspek telah mencerminkan kebaikan polis. Salah seorang daripada mereka telah dikenal pasti oleh wartawan kerana telah mengugut (termasuk fizikal) dan meminta secara kasar untuk memadamkan gambar-gambar daripada telefon bimbit.

Mengadakan perhimpunan aman adalah menjadi keutaman kepada BERSIH 2.0 dan kami berpegang teguh kepada prinsip-prinsip ini yang telah menjadi tatacara operasi standard kami. Kami sangat berterima kasih kepada bukan sahaja yang telah berkerjasama dengan kami, tetapi juga berani berhadapan dengan baju merah UMNO secara aman.

BERSIH 2.0 membantah kenyataan berasingan yang telah dibuat oleh Jamal Yunos dan Liow Tiong Lai yang mendakwa bahawa baju merah tidak akan wujud jika tidak ada baju kuning.

Kedua-dua mereka gagal untuk memahami mengapa rakyat Malaysia memilih untuk turun ke jalanraya. Apa yang harus mereka katakan adalah bahawa jika kita mempunyai undang-undang dan dasar-dasar yang lebih baik, tidak akan ada mana-mana perhimpunan BERSIH.

Satu sistem yang gagal BERSIH 2.0 dan beratus ribu penyokongnya turun ke jalanraya kerana dasar negara dan undang-undang dan institusi telah gagal untuk memberi perlindungan yang mencukupi dalam menangani isu-isu penting utama yang dihadapi negara ini, seperti rasuah yang besar yang berkaitan dengan 1MDB dan Najib Razak, tidak mampu mengadakan pilihan raya yang bersih dan adil, menidakkan perbezaan pendapat melalui undang-undang yang menindas dan memulakan undang-undang yang lebih zalim, dan kegagalan untuk menangani kelembapan ekonomi negara.

Malangnya, kebebasan kuasa institusi-institusi telah disekat dan disalahgunakan.

Rakyat Malaysia telah memberi harapan kepada Kerajaan BN, menteri dan institusi-institusi awam untuk membetulkan kepincangan, tetapi sejak 3 tahun yang lalu, mereka telah gagal untuk berbuat sedemikian. Sebaliknya, mereka telah mempertahankan skandal rasuah yang membabitkan 1MDB dan Najib Razak, menjejaskan proses pilihan raya melalui persempadanan semula dan *malapportionment * dan memberikan pasport kepada samseng UMNO untuk mencetuskan politik perkauman yang ganas melalui ancaman 13 Mei.

Lebih buruk lagi, kerajaan tetap berdiam diri terhadap samseng baju merah UMNO dan menjarakkan diri mereka daripada samseng ini, tanpa tanpa menyelesaikan keganasan yang telah berlaku. Permainan salah-menyalahkan dan sikap tidak memberi perhatian kepada keganasan ini merupakan kegagalan integriti kerajaan ini. Najib dan menteri-menteri beliau telah menghampakan negara ini dan mereka wajar meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada perombakan demokratik.

Tidak membantah bukanlah satu pilihan. BERSIH 2.0 dan rakyat Malaysia akan terus mendesak untuk pembaharuan institusi, tadbir urus yang baik dan pilihan raya yang bebas dan adil untuk negara ini.

Telah ditandatangani oleh Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena