Wednesday, 19 October 2016

RUU 355: PKR harap Pas Perak berhenti bercakap secara bodoh, biadap, dan busuk hati!

Rabu, 19 Oktober 2016
Jeng.. Jeng.. Jeng..

Sama-sama lah kita saksikan nantikan wayang 'MEREKA' samada utk meraih undi mahupun yg menipu rakyat.

RUU 355: PKR harap Pas Perak berhenti bercakap secara bodoh, biadap

Usul RUU Akta 355 yang 'ditolak' daripada kedudukan keempat aturan mesyuarat kepada nombor tujuh semalam dilihat turut mengundang polemik dalam kalangan pemimpin di peringkat negeri.
Pengarah Komunikasi PKR Pahang, dalam satu kenyataan menempelak dakwaan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria yang dianggap bodoh dan biadap.
Reaksi berkenaan ekoran Razman dalam catatan di Facebook berpendapat Amanah, PKR dan DAP paling gembira jika RUU 355 yang ingin dibawa oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ditolak.
"Saya harap Razman berhenti dari bercakap secara bodoh dan biadap seperti itu.
"Kenyataannya itu menjelaskan lagi bahawa ketakutan kamu kepada bayang-bayang sendiri dan menunjukkan kamu juga tidak yakin bahawa RUU 355 itu berjaya," tegasnya.
Beliau turut mempersoal tanggapan buruk Razman itu yang disifatkan bercanggah dengan akhlak Islam.
"Bagaimana beliau boleh menyatakan PKR gembira sekiranya RUU Akta 355 itu ditolak?
"Apakah beliau tahu apa pendirian PKR dalam hal ini sedangkan sehingga kini RUU Akta 355 itu tidak dibaca malah dibahas pun lagi?
"Mengapa tersarangnya perangai buruk, syak wasangka dan busuk hati Razman? Inikah akhlak Islam yang kamu ingin tunjukkan?" bidasnya.
Selain itu, sikap pemimpin Pas nombor satu Perak tersebut yang tidak 'menyerang' Umno di sebalik giliran usul pindaan RUU yang ditolak ke bawah itu juga turut dibangkitkan.
"Apakah jika perjuangan kamu gagal atas kemungkinan disebabkan kelemahan pihak kamu maka ditudingkan kesalahan ke atas orang lain?
"Mengapa kamu tidak mengherdik Umno yang seolah-olah mempermainkan kamu apabila Speaker mengatur susunan dari nombor empat kemudiannya ke bawah menjadikan nombor tujuh?" tegasnya.
Hal ini kerana, jelasnya, Speaker Dewan Rakyat bukan dari mana-mana parti komponen Pakatan Harapan yang menyebabkan kelewatan pembentangan RUU itu.
"Mengapa Amanah, PKR dan DAP yang kamu sasarkan? Speaker Dewan bukan dari Amanah, Keadilan mahupun DAP," bidasnya lagi.



  • Avatar



    Tabiat pemimpin pas sekarang. Mereka sendiri yg tak berapa cerdik tapi sombong dan keras kepala. Nak tutup kelemahan dia akan tuduh orang lain jadi penghalang. Mana umno yg kamu kata baik nak tolong. Tak sedar lagi? Siang malam umno tipu, masih percaya jugak. Serupa orang gila talak selepas bercerai talak tiga.



      • Avatar



        Rendahnya tahap politik matang & sejahtera yg diwarwarkan oleh pas! Bikin tak serupa cakap. Nak tegakkan syariah kena dengan akhlak yg baik. Kalau akhlak letak kat siku & lutut, ego melangit, bahasa pulak kesat, kasar, menghina, memfitnah & menuding jari secara sembrono, mcm mana nak perkasakan syariat. Org lain tengok pun meluat. Mamat razman ni jugak yg disaman oleh ds nizar kerana memfitnah.
        Yg sdg mengamalkan politik matang & sejatera ialah Amanah. Yg jual ubat segala mcm sambil menghamun orang di kaki lima jalan ialah pas



        0 comments:

        Post a Comment

        Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
        SILA LAYARI
        Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
        PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

        Popular Posts

        © 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

        Designed by ScreenWritersArena