Tuesday 25 October 2016

[Video] Soalan ANEH di Parlimen...Jangan ambil mudah soal pendidikan.

Rabu, 26 Oktober 2016

Shazni Munir Mohd Ithnin
Shazni Munir Mohd Ithnin
Parti Amanah Negara

Kenyataan Media
PERUNTUKAN IPTA DIPOTONG, MASANYA KUMPULAN MAHASISWA & ANAK MUDA BERTINDAK
Peruntukan keseluruhan institut pengajian tinggi awam (IPTA) dalam Belanjawan 2017 yang lalu berjumlah RM6.1 billion. Jumlah ini jelas berbeza daripada peruntukan Belanjawan 2016 iaitu RM7.6 billion. Menyusut sebanyak RM1.5 billion. Malangnya, RM7.6 billion yang dibentangkan sebelum itu, juga berkurangan berbanding Belanjawan 2015.
Hasilnya, untuk tahun 2016, yuran pengajian tinggi kebanyakan IPTA mengalami peningkatan mendadak walaupun pada awalnya diberi jaminan bahawa yuran pengajian di universiti-universiti tidak akan dinaikkan.
Menteri Pengajian Pengajian Tinggi pula beralasan bahawa potongan berkenaan selaras dengan PPPM 2015-2025 yang tidak mahu IPTA terlalu bergantung kepada kerajaan. Nah, kalau ideanya mahu universiti bebas berautonomi, mengapa kuasa menteri dalam AUKU masih besar dan luas? Bab kewangan mahu lepas tangan, bab kawalan politik mahu dikekalkan, begitukah?
Jawapan-jawapan 'sedap mulut' beginilah yang menuntut seluruh kumpulan mahasiswa dan anak muda bersatu tenaga dan merencana strategi tuntas agar kerajaan kleptokrasi pimpinan Najib Razak tidak mengambil mudah tentang masa depan pendidikan generasi muda negara.
Kesatuan mahasiswa dan anak muda seluruh negara diyakini mampu membela isu-isu penting seperti ini, bahkan lebih jauh, berpotensi membela rakyat yang kini sedang bergelut meneruskan hidup yang perit.
Kekuatan entiti-entiti muda ini wajar menjadi barisan hadapan membetulkan kembali teras-teras kenegaraan yang rosak teruk. Elemen-elemen ketelusan, integriti, keadilan dan nilai-nilai penting membentuk tatakelola baik perlu diasak, agar jenayah penyelewengan seperti 1MDB dan kecurangan 'Malaysian Official 1' berdepan perbicaraan di mahkamah.
SHAZNI MUNIR MOHD ITHNIN
Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional
24 Oktober 2016

Jangan ambil mudah soal pendidikan

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena