Samseng Baju Merah Terajang Penyokong Bersih 5 Depan Polis
Anggaplah Geng Baju Merah tiada, kata Leman Raja Lawan
Geng Baju Merah yang kerap mengganggu siri jelajah Bersih 5.0 di seluruh negara terus melakukan provokasi termasuk ketika ceramah di Bayan Baru, Pulau Pinang malam tadi.
Ketua Amanah Kawasan Sik, Sulaiman Ibrahim berkata, kehadiran mereka yang membuat kecoh tidak perlu dihiraukan dalam usaha untuk menumbangkan rejim Umno-BN.
"Kita abaikan yang (Geng) Baju Merah di sebelah (sambil menunjuk ke satu arah). Anggaplah mereka tiada. Anggaplah mereka tidak datang. Tidak dengar apa-apa.
"Mungkin ada cerita kartun di sana. Abaikan. Perjuangan kita harus berlandaskan satu perkara iaitu berdiri atas kebenaran," tegasnya ketika berucap dalam program itu.
Sulaiman yang juga dikenali sebagai Leman Raja Lawan itu berkata, pada masa sama masyarakat Melayu perlu celik dalam memahami realiti politik negara mutakhir ini.
"Orang Melayu harus buka minda. Orang Melayu kena faham bab politik di negara kita sekarang.
"Kita bukan pak turut, kita orang Melayu yang berani berjuang mempertahankan hak kebebasan demokrasi di Malaysia," ujarnya dipetik dari rakaman video yang tersebar di WhatsApp.
Mengulas tentang Bersih 5.0, beliau menyifatkan kempen menuntut pilihan raya yang adil itu bukan hanya tunjuk perasaan di jalan raya.
"Bersih bukan sekadar turun ke jalan raya. Bersih bukan semata-mata berkumpul untuk berselfie. Bersih bukan hanya tunjuk gah.
"Kita buat Bersih bukan sebab mahu tunjuk pada Perdana Menteri tetapi kita mahu bersihkan rasuah, penyelewengan sekaligus kita nak bersihkan Najib dan menteri-menteri tersebut pada PRU14 (Pilihan Raya Umum ke-14).
"Beritahu kawan-kawan, saudara-mara, 19 November ini kita lawan kita turun ke jalan raya. Lawan tetap lawan. Reformasi," laungnya.
Leman Raja Lawan turut berpendapat belanjawan yang dibentangkan Perdana Menteri, 21 Oktober lalu sebagai satu bentuk pembohongan.
"Bajet 2017 terus-terang saya kata Najib tipu rakyat Malaysia," bidasnya lagi yang juga Pengarah Biro Tanah, Pertanian dan Luar Bandar Amanah Negeri Kedah.
0 comments:
Post a Comment