Monday 31 October 2016

[Video] "Soal siasat Husni, POLIS cemarkan kekebalan parlimen," dakwa Kit Siang...Johari (Menteri Kewangan II): Tak salah tanya soalan di parlimen

Isnin, 31 Oktober 2016

Image result for Gambar Lim Kit Siang

Johari: Tak salah tanya soalan di parlimen

Tidak salah bagi seseorang anggota parlimen bertanya soalan di Dewan Rakyat, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani.
Menurut beliau sesiapa saja boleh bertanya soalan di parlimen.
Johari ditanya mengenai status seseorang bekas anggota kabinet - seperti Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah - bertanya tentang isu 1MDB di parlimen.
"Tak ada salah bertanya soalan. Di parlimen semua orang boleh mengemukakan soalan," katanya di lobi parlimen hari ini.
Ahmad Husni yang sebelum ini dilantik sebagai menteri kewangan kedua dipanggil untuk memberi keterangan di Bukit Aman hari ini ekoran perbahasannya di Dewan Rakyat menyentuh isu 1MDB.
Dalam ucapannya membahaskan belanjawan 2017 Ahmad Husni yang juga anggota parlimen Tambun bertanya keperluan syarikat pelaburan milik negara 1MDB ditubuhkan.
Turut berucap menyentuh 1MDB semasa perbahasan di parlimen ialah bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Mohd Shafie adalah bekas naib presiden Umno dan menteri kemajuan luar bandar dan wilayah sebelum digantung keahliannya oleh Umno.
Ahmad Husni - bersama Muhyiddin dan Mohd Shafie - kemudian menjadi sasaran serangan penyokong Umno.
Speaker Dewan Rakyat kemudian berkata ada kemungkinan mereka melanggar sumpah menyimpan rahsia kerana bercakap mengenai hal berkaitan kabinet.
Bagaimanapun seseorang anggota parlimen dilindungi kekebalan tertentu terhadap ucapan yang mereka lafazkan di Dewan Rakyat.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena